Memang suka g Umai kitorang .. Best lepak sana petang petang .. hehe.. Makan pon ,ok la gakkk rasa dan harganya .. Sebab tu ramai g lepak sana petang petang ..
Maaf la yer .. Aku tak bukak taska lagi atau ada buat sebarang kajian kes mengenai bayi ni , jadi aku tak tau perkembangan mereka .
Tapi bila melihat Qhaliff yang semakin membesar , aku seringkali tanya wife aku ..
“ Sure ke Qhaliff ni 9 bulan ? “ .
Bukan sebab faktor fizikal mahupun rupa tapi kenakalannya buat aku tertanya tanya .. Dia main ngan aku setiap malam macam dah cecah setahun. Hurm.. Walaupun tak reti nak berjalan , tapi dah sibuk nak berlari menyorokkan diri atau menyelamatkan diri setiap kali aku mula ‘bertukar’ menjadi naga !
Maka betulkan kata akak Ummi Zaihadi satu tika dulu , seingat aku laa.. Tunggulah 9 bulan .. Masa tu main ngan baby ni mmg best la .. Yearghh.. mmg tiap malam aku smackdown dia sebelum dia smackdown aku bila dia tidur !
Aku ada terima satu message di Inbox FB .. Kawan kita tu mintak tolong sedikit la . Sedang siapkan satu mini projeknya yang bertajuk ‘apakah faktor yg menyebabkan org ramai sekarang lebih suka pilih theme park berbanding nature waterfalls’.
Ok , kita tau theme park semakin banyak di Malaysia. Dan kita tau juga tempat tempat riadah seperti air terjun ni mmg bersepah dalam negara kita tapi kebelakangan ini , theme park atau taman tema lebih mendapat sambutan .. Kenapakah ?
Gambar bawah ni sekadar hiasan saja yer ..
Hurm.. dulu aku suka lagi g waterfall atau air terjun berbanding taman tema ni . Tapi sekarang ni , aku suka g taman tema lagi .. Kenapa ? Faktor utamanya ialah keselamatan . Aku kan ada anak kecil .Yang kedua , kemudahan awam seperti tandas , surau yang bersih .. Yang ketiganya , taman tema ni ceria .. Ramai orang. Kalau tak ramai , boring gak .. hehe ..
Tapi , bila Qhaliff dah besar .. waterfall adalah destinasi riadah kami di hujung minggu ..
Korang lak camana ? Cer bagi pendapat skit ..
Hurmmm .. aku malas nak percaya sgt info dlm akhbar tp tertanya juga jika benar ..
Polins yg mengiriringi penjenayah yg merbahaya cuma 4 orang ?? Bukan perogol atau perasuah tetapi penjenayah bg kes rompakan berkumpulan , bunuh dan mencederakan ..
Tak ke sepatutnya dikawal dgn lebih ketat ?? Hurmm .. Harap dpt tangkap dgn segera ...
Saja g tasik pagi ni .. Pastu terus g umah mak aku di Cheras . Area sana masih lagi tiada air .. Pelik ? Tak punya .. Karenah politik ? Hehehe .. Lu pikiaq la sendiri .. hehe ..
Mendamaikan pagi ni .. Terlupa aku sebenarnya .. Ingat nak g Tadika Arina. Katanya , ramai daftar selepas aku up entri berkenaan tadika tu.. Alhamdulillah .. Ok la tu kan ? Tengok la esok lusa .. Ops .. Esok takleh .. Ada meeting pasal renovation rumah aku tu.. Hihi.. Rezeki.. Freeeeeeeee …
Pak Tua Mat , nampaknya terlebih dahulu mencecah umurnya 37 tahun .. Aku akan menyusul di penghujung tahun. Kiranya aku ni adik la kan ? Hehehhe ..
Buat Pak Tua Mat aka MAT GEBU aka ADNAN IBRAHIM yang memiliki blog www.tiffinbiru.com selaku jiran dah bertahun tahun lamanya antara kami , SELAMAT HARI LAHIR …. SEMOGA TAHUN INI MEMBERIKAN LEBIH ERTI . LEBIH MURAH REZEKI SERTA PANJANG UMUR ..
Qhaliff kim salam …
Doktor suruh stop jap makanan berfiber tinggi . Sebab kalau makan , lagi berak si Qhaliff tu .. Hehe ..
Masalahnya skang , kalau nak buat makanan yang lain .. hurmm… Dapur semua dah tranfer ke rumah baru . Camana nak masak ? Bincang punya bincang , beli je la dapur mudah alih ni haaa .. Sementara tunggu hujung minggu ni pindah abis ke rumah baru tu ..
Jadi , g la Alamanda .. Ke Carrefour .. Cari menda alah ni .. Heheh.. Ada gak la peristiwa menyegankan .. Hahahahha .. Wife kena tipu ngan aku. Dia amik dapur kecik yang guna tong gas besar tu dan amik gas kecik tu haa.. Hahahahha .. Tensen dia malu bila tanya pembantu tu haa.. Aku gelakkan aja sbb sebelum tu dia dah gelakkan aku !
Ok , dah test tadi. Alhamdulillah .. Mabeles ! Esok boleh guna buat kenduri kawin ! Korang dijemputlah datang .. Sila bawa makanan sendiri la yer ..
Dan Qhaliff pasni .. makan bubur nasi dan potato atas arahan doktor ! Hehehe .. Padan muka ! Sapa suruh korek hidung daddy !!
Jumpa dah doktor di klinik kerajaan .. Dia kata Qhaliff takde masalah .. Dia suh tukar diet dia yg skang ni ..
Masalahnya dapur dah pindah ke rumah baru .. Hurm.. kena g Alamanda utk cari dapur kecik tu utk seminggu ni .. Minggu depan pindah keluar ..
Yang dia nangis tu sbb dah lena dipangkuan mak dia.. Sekali kena tranfer ke car seat..Tu nangis..
Hurm .. anak sakit , mak ayah berusaha bawak g klinik .. Mak ayah sakit ,anak suh g klinik sendiri ..
MAKAN – MAIN – TIDUR !
Takde kaitan dengan muntah .. Alhamdulillah .. Cuma lepas makan , tak lama kemudian .. berak .. Tu yang masalah tu .. Cepat sangat beraknya … Kerap lak tu .. Macam makan julap pon ada.. Kira terkentut pon kuar najis ..
Sat g pi klinik ..
Hurm.. Baru yer .. bukan dah .. Kalau dah , isunya lain .. Ni lain isunya ..
Bila sebut poligami , maka ramailah para isteri dan juga mereka yang belum bernikah memandang aku dengan pandangan mata yang cukup tajam ..
Aku tak nak la nak cerita details pasal poligami. Korang google pun leh dapat apa itu poligami dan bagaimana sepatutnya poligami dilaksanakan .
Isu aku ialah lelaki yang baru nak berpoligami ni haaa .. Lama dah aku nak buat entri pasal ni .. Sejak aku dok bertweet pasal MADU dan nak tengok respon dari kengkawan perempuan, majoriti tak nak suami mereka memadukan mereka .. Eceh .. Tak nak la konon eh ? hehe ..
Bersikap adil .. Hurm.. Tu paling penting. Adil ni yang paling sukar . Tak perlu la nak sampai setara tapi paling tidak pun , jangan ada yang terasa . Ni , belum lagi nak kawin .. yang lama dah mula diketepikan . Dok bizi dengan yang baru. Tiap malam dok angau kat yang bakal tu haa.. Nikahnya belum tapi dah angau .. Macam budak sekolah bercinta lak .. Tu yang tak betul tu ..
Kena la bijak amik hati isteri yang sedia ada . Kematangan fikiran perlu ada ketika ni . Bila gitu , barulah isteri redha . Terima seadanya kenyataan yg di depan mata ..
Adil dan mampu .. Part lain tu korang pun tau la kan .. Tapi kalau belum lagi mula , dah tak adil … apatah lagi duit dalam poket pon cukup cukup untuk beli rokok sendiri , ada hati nak bukak cawangan lain ? Kalau duit banyak sekali pun , janganlah bersikap kejam dengan isteri .Lupa terus ke segala jasa jasanya dulu ? Semudah itu ?
Nafsu ? Jangan ingat lelaki kawin sbb nak tuuuuuu jer .. Nafsu ni besar dan luas .. Perempuan pon bernafsu .. Jangan ingat lelaki jer .. Kalau benar nak kawin pun kerana nafsu , jika dia mampu adil dan berkemampuan .. Apa salahnya kan ? Halal kan ? Dari dia langgan pelacur atau simpan perempuan yang bukan isterinya.. Camana tu ? Duit banyak sangat dah ni . Nak buat apa lagi ? Kawin je ler .. Ramai sangat perempuan dok bergaya kat luar .. Hanya tunggu untuk dipetik je .. kan ?
Jangan terasa dan jangan marah .. Fikir dengan minda terbuka berlandaskan ajaran agama .. Dan aku bgtau ni bukan sbb aku nak nikah lagi ..Kalau nak pon , bukan ada yang sudi .. hahahahaha .. Guwau jeeee laaa ..
Untuk lelaki .. fikirkan jika nak nikah lagi . Jangan nak main sebatttt jer .. Nanti botak kepala dok tergaru garu ..
Beria menangis … Pantang bosan skit .. hahaha .. Tapi bila nampak ada budak lalu depan dia , terus senyap .. Amboiiii ..
Tapi biasa la budak kan ? Cam Qhaliff .. kalau nangis , senang nak pujuk dengan gelikan dia .. Dia ketawa terus .. Pastu kembali ceria .. Alhamdulillah .. Senang jaga dia ni ..
Cuma satu merisaukan aku skang .. Dia semakin kurus sbb bila makan je , pastu berak .. Kira kerap berak la.. Nak kata sakit perut , tak pulak . Dah check doktor .. dia kata takde masalah cuma mungkin ada sedikit jangkitan , katanya .. Hurm ..
Kalau tak ok gak hari ni , esok g hospital la..
Assalammualaikum
Mahu bercuti di Seoul dan Jeju Island ? Mengapa perlu bayarl ebih? Mahukan percutian yang menarik dan fleksibel ? Risaukan makanan Halal dan tempat solat?Tidak pandai berbahasa Korea?
JEJU TnT (Jeju Tour n Travel) menawarkan servis Muslim Tour guide di Korea Selatan, khusus untuk kemudahan rakyat Malaysia terutamanya Muslim yang ingin berkunjung ke negara Winter Sonata itu. Dengan pakej bermula serendah RM450/pax, anda boleh menikmat ipercutian ke Korea dengan indah
Kekuatan kami adalah kami sangat fasih berbahasa Korea, sudah tahu selok belok di Korea, tahu tempat-tempat menarik, dan kami fleksibel.Tidak perlu terkejar-kejar kerana itinerary dan schedule holiday adalah custom made mengikut kesesuaian anda.
JEJU TnT adalah salah satu servis daripada syarikat JEJU ENTERPRISE (PG0314698-A), milik anak muda daripada Muar yang hampir 6 tahun belajar, dan bekerja di sana.
Pakej kami sangat menarik, berpatutan, fleksibel, dan menjanjikan seribu kepuasan kepada semua yang pernah mengikuti percutian bersama kami.
Antara pengunjung yang pernah bersama kami
Perfect lovely Haji and Hajah couple di Jeju Island dan 5 rakan daripada Jepun
Di Nami Island. Set penggambaran Winter Sonata, dan bermain ski dan snowboard di Vivaldi park
Pakej di Seoul dan Nami Island
Period | Group of 1 ~ 2 persons | Group of 3 ~8 persons |
1D | RM 500/pax | RM 450/pax |
2D1N | RM 950/pax | RM 850/pax |
3D2N | RM 1250/pax | RM 1150/pax |
4D3N | RM 1450/pax | RM 1350/pax |
5D4N | RM 1650/pax | RM 1550/pax |
6D5N | RM 1850/pax | RM 1750/pax |
7D6N | RM 2050/pax | RM 1950/pax |
Semua harga dalam pakej kami termasuk
· Makanan Halal dan info tentang solat adalah keutamaan kami
· Penginapan (Guesthouse di Seoul)
· Pengangkutan (TermasukferikeNami Island)
· Makanan Halal (Breakfast, Lunch, Dinner)
· Entrance fee
· Guide fee
Pakej ke Jeju Island
Period | Group of 1 ~ 2 persons | Group of 3 ~8 persons |
3D2N | RM 1850/pax | RM 1650/pax |
4D3N | RM 2050/pax | RM 1850/pax |
Semua harga dalam pakej kami termasuk
· Makanan Halal dan info tentang solat adalah keutamaan kami
· Tiket pergi balik Seoul-Jeju Island
· Penginapan (Guesthouse di Jeju Island)
· Kereta sewa (Hyundai Sonata, Hyundai Elantra, KIA K5, KIA Forte, etc)
· Makanan Halal (Breakfast, Lunch, Dinner)
· Entrance fee
· Guide fee
Semua pakej kami tidak termasuk Tiket pergi balik daripada Malaysia ke Korea Selatan. ^^
Antara kereta sewa yang kami gunakan di Jeju Island – Hyundai Elantradan Hyundai Veloster.
Kunjungi website kami di :http://jejutnt.wix.com/jejutnt
Like FB Page kami di :http://www.facebook.com/pages/Jeju-Tnt/120801054747793?ref=hl
Sebarang pertanyaan boleh la hubungi kami di :jejutnt@gmail.com
Terimakasih dan Wassalam
Aku dapat jemputan dari owner Tadika Arina yang terletak di No 16 , Jalan P9G1/1 PRESINT 9 , Putrajaya
Saja nak tengok respon terhadap budak budak kat sana . Yelah , aku perhatikan Qhaliff seronok nampak budak budak bermain. Menjerit kesukaan dia .. Seolah olah bermain dengan dia lak .. Kesian pulak bila tengok reaksi dia gitu ..
Tengok la .. Bagi dia besar skit , baru nak letak kat tadika. Suh belajar bahasa mandarin dan arab.. Leh dia speaking ngan mak dia dalam bahasa arab. Daddy dia faham franco ngan italiano je .. lalala ..
Bila tu , tak pasti lagi la .. InshaAllah , minggu ni la kot .. Tu pun free.. Buat mereka yang nak tau pasal Tadika Arina ni . leh baca kat SINI ..
Aku rindukan kedamaian .. Genre skang , mmg tak leh diterima telinga aku .. Yang pop ok la .. Lain tu , hurmm..
Terus terang , satu lagu pun aku tak tau utk final kali ni. Kalau nun zaman rock kapak , perghhhhh .. nak g tandas pon tahan wooo kasi sampai iklan .. Tu pasal skg kena batu karang ..
Yup . Aku dah tua ...padahal baru cecah 27 tahun , 10 tahun lepas ..