vs
Bila ternampak dua budak botak ni ( UPIN IPIN ) , Qhalif tersenyum. Macam nampak kawan lama dia .. Hehe .. Dan semalam , aku saja test pasang Boboi Boy pada dia .. Dia tengok tanpa ada perasaan .. Hurmm .. Tidak menarik minat dia kah ? Dan aku kembali tayangkan youtube Upin Ipin .. Dia senyum ! Lorrr …
Ada seorang kawan kata Boboi Boy memberi kesan negatif pada anaknya. Setiap kali selepas menonton Boboi Boy, dia akan ikut gaya mereka terutama dari segi bahasa yang agak kasar ( tak sesuai untuk anak anak contohi ) .. Hurm …
Tak dinafikan sebenarnya sbb anak buah aku pun begitu juga.. Tapi ini tak bermakna Boboi Boy tu tak sesuai ditonton cuma untuk anak anak kecil yang masih terkial kial mengutip infomasi disekeliling mereka , mudah terpengaruh .. Kita yang dah tua ni pon mudah terpengaruh denga gaya bahasa ( tengok filem atau rancangan tv ) , ni kan pulak budak budak ..
Aku tanya rakan rakan di FB mengenai dua rancangan kanak kanak ni .. Dan jawapan mereka ..
Bagi aku , dua dua ok cuma Boboi Boy ni lebih sesuai untuk manusia kategori aku .. Kalau ada yang terpengaruh gak , ternyata dia masih belum mampu berfikir dengan waras ..
Pendapat korang lak ?