Hurmm .. Hari Jumaat hari tu , aku gi ke rumah adik ipar aku .. Sewaktu nak masuk pintu masuk utama , seperti biasa .. kena tahan dek pengawal keselamatan yang diupah penduduk kat situ .. Leceh betul ..
Dia tanya nak gi mana .. Aku dengan rasa malas yang teramat , jawab je nak gi umah adik .. Senang citer.. Dia tanya nombor berapa ?
Tapi dua hari sebelum tu , aku seolah olah terpinga dengan salah seorang pengawal keselamatan di situ . Aku sebenarnya tak tau la apa bangsa mereka ni .. Bila ternampak salah seorang dari mereka yang sedang membasuh kaki seolah mengambil wudhu’ , aku tertanya dalam hati .. Hurmm ..
Dan segalanya terjawab di masjid ketika nak solat Jumaat .. Rasanya hanya seorang yang bertugas dan selainnya gi solat Jumaat .. Aku tanya suami adik ipar aku .. Jawapnya , mereka tu bangsa Nepal ..
Patutlah tegas . Bangsa ni kalau jadi pengawal keselamatan , mmg tegas .. Cuma kesian je pada mereka .. Gaji mereka sebulan cuma RM400 jer .. Cuba orang kita yang bergaji gitu .. Hehehe.. Berjuta alasan dilemparkan .. Tetapi mereka , tetap kerja dan solat tetap dikerjakan .. walaupun hanya solat dalam pondok pengawal yang kecil saja ..