Semalam sewaktu aku memandu pulang bersama Qhaliff dari Cheras menuju ke Putrajaya , hampir berlaku satu kemalangan .. Puncanya ? Hurmmm .. sikap kurang ajar pemandu !
Gini ceritanya. Setiap petang jam 5 .. selepas solat Asar , aku akan memandu balik ke Putrajaya untuk menjemput wife di pejabat .. Haaa .. Dan Qhaliff yang berada di sisi , setia menjadi peneman aku dengan botol susu serta lagu lagu ABC mahupun Alif Ba Ta dia tu haaa ..
Bila susu habis , Qhaliff mula mengantuk. Untuk tidurkan dia , aku akan berselawat dan juga berzikir .. Berulang ulang kali hingga aku pulak yang rasa best .. Rasa tenang sangat diri walaupun memandu dalam keadaan jalan agak sesak ..
Berhampiran Sri Kembangan , berdekatan UNITEN .. sedang aku menjarakkan kereta aku dengan lori di depan , tiba-tiba ada sebuah kereta yang dipandu laju , memancung aku di tengah tengah antara kereta aku dan lori ! Yang mana jaraknya mmg muat sebuah kereta jer ! Tujuan pemandu kereta tu , adalah untuk terus amik lorong di sebelah kiri seterusnya ke arah jalan lain !
Boleh gitu ? Bayangkan ketika tu aku dok angan angan .. Atau dok teringat awek yang baru lemparkan senyuman kat aku di Instagram .. Apakah akan terjadi ? Maklumlah , kalau pandu laju , kena AES lak .. Nak tak nak , ikut je la peraturan .. Tapi bila pandu slow , berangan la jadinya .. Menguap .. Cer bayangkan apa boleh terjadi ?
Tapi aku cooll sangat.. Serius .. Kalau tak , aku lama dah bagi hon kapal kat kereta tu .. Confirm non stop punya hon .. Lantak dia laaaa .. Tapi aku rasa malas sangat nak marah .. Aku rasa macam aku jadi lain gitu.. Tapi aku tak pelik.. Bagi aku , itulah kelebihan berzikir tanpa kira masa ..
Alhamdulillah ..