Hurmm... Harap Qhaliff ikut perangai yg kedua tu... Didikan bermula dari rumah...huhu...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Hurmm... Harap Qhaliff ikut perangai yg kedua tu... Didikan bermula dari rumah...huhu...
Kembali ke rumah tok pagi ni .. Kat sini ada geng yg leh main sama .. Kalau dok ngan daddy je , mmg kena gigit je manjang ...huu... Siaann...
Otw datang td , tdo je dlm kereta.. Saja kasi tdo .. kalau tak dok bebel jer.. Kalau aku tak layan , mmg dia bising ler ..
Nasib baek tak jammed.Tp hati geram dgn sikap pemandu yg tak sabar sabar nak memotong ! Korang rasa Sapa ? Heee..
Ok la tu .. Bukan nak kata Qhaliff hyperactive tapi leh tahan gak la kelasakkannya .. Ajak main memanjang.. Ajak berjalan , takut .. Merangkak teror !
Tak kisah pon nak main ngan dia tapi kesian jer la.. Aku dengan nak update blog .. Nak layan dia .. Pergh.. Memang tekanan jap aku . Maklumlah , orang bayar letak iklan di blog aku . Jadi kena kerja la kan ? Mana boleh makan gaji buta gitu .. Tak bagus la…
Tensen ? Serius tensen wooo .. Aku kekadang pikir nak berenti je blogging dan bagi tumpuan sepenuhnya pada dia . Tapi tak leh lak gitu .. Mana nak ‘masyuk’ kan ? Takkan nak suh bini sara lak ! Adoiyaiii .. Dayus namanya tuu.. heee..
Tak pe la Qhaliff.. Apa pon , kita tetap bermain bersama. Jangan sampai daddy gigit pipi tu sampai lubang , dah la yer .. heee…
Betul ke ada jambatan runtuh kat Putrajaya ??? Aku dapat msg dari wife .. Aku pas kat kengkawan .. Pastu dapat satu gambar yang membuatkan aku malu sbb bagi maklumat salah !
Gambar yg diterima kemudian ..
Jadi aku anggap apa yang berlaku adalah satu gurauan ..
Dan seperti biasa , aku check Mstar Online .. aku terjumpa berita terkin yang bawah ni …
Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya / Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya runtuh pada Khamis
Walaupun ianya cuma MASIH DALAM PEMBINAAN tapi sepatutnya maklumat begini tak perlulah dibawa bergurau. Kalau macam ni pon dah boleh bawak bergurau , bayangkan infomasi yang lebih penting di putar belitkan .. Camana tu ? Sapa yang susah ? Silap silap kita sendiri yang kena woooo ..
Liat pulak Qhaliff nak tidur hari ni . Biasa dah tidur ngan mak dia atau dalam buaian. Nak kembali tidur dengan aku , mmg susah dah .. Dan aku pulak , dok terkejar waktu dengan nak ‘bekerja’ ..
Sian tengok dia .. Dia dah boleh ‘belajar’ sekarang ni sbb bila ada iklan SERONOKNYA MENGAJI dia akan berenti bermain dan beri tumpuan .
Tadi ada aku beli vcd belajar alif ba ta untuk dia .. Tapi cd tu bikin susah pulak .. Tak sesuai sungguh untuk dia .. hurmmm .. Kena cari yang lain . Plan nak gi cari kat Bangi je nanti ..
Tamo persiakan hidup dia. Budak sekarang ni , dah jadi mangsa ‘percubaan’ sesetengah pihak. Dari segi pemakanan , pembelajaran mahupun kehidupan. Disogok pelbagai , akhir keliru dalam mencari arus kehidupan sebenar.
Bila mereka mula tersalah jalan , akan tampillah hero menyelamatkan keadaaan .. Hurmm … Teringat buku yang aku baca tadi .. Kisah perang dunia yang melanda Tanah Melayu satu tika dulu. Jepun diarah menyerang Tanah Melayu kemudian British datang tolong. Padahal British yang arah dan mereka jadi hero.. Boleh ?
Diamkah dia ???? Takde makna .. sekejap jer .. Aku rasa , aku berenti je la jd blogger .. Susah nk tumpu perhatian gini ..
Manja lebih nieh ..
Tidur, legaa .. Dia bgn tidur , aku berpeluh peluh kejar dia .. Grrr.. Hilang terus demam aku neh !!!
Sabar je laaa..
Hari ni tak gi umah mak aku sbb ada hal jap lagi .. Pagi petang ada urusan walaupun demam ..
Kraftangan Malaysia ingin mencari rakyat Malaysia yang berbakat dalam permainan alat-alat muzik tanpa elektrik, lawak jenaka, silap mata, akrobatik, tarian, kebolehan meniru bunyi atau suara selebriti dan banyak lagi!
Ujibakat pada 9 Mac 2013 (Sabtu), jam 2 hingga 5 petang!
HADIAH
Tempat Pertama : RM5,000.00
Tempat Kedua : RM3,000.00
Tempat Ketiga : RM2,000.00
Sagu Hati : RM700.00 X 3 pemenang
Penyertaan PERCUMA! Layari hkk.kraftangan.gov.my
Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan. Jom datang ujibakat!
Di Tabung Haji , Putrajaya.. Nak masukkan duit sedekah kawan kawan ke dlm akaun milik Qhaliff .. Amanah wooo .. Terima kasih pada yang sudi sedekah pada Qhaliff .. Semoga digunakan dengan baiknya nanti
Sementara tunggu giliran tu , gi beli buku dan vcd utk Qhaliff .. aku pun ada gak ..heeee.. Suka baca buku gini .. Bagi kesedaran skit utk aku ..
Tinggal kenangan !
Alhamdulillah.. Part paling leceh tapi mudah , dah selesai.. BPH dah dtg check dan puashati .. Skang part nak claim deposit dan pindah rumah .. Lega rasanya dah duduk rumah sendiri skang ni ..
Ada aku tanya tadi dgn pemeriksa rumah tu .. Kalau kita cat dan buat ubahsuai rumah tu , cmna .. Dia kata kita kena buat sepertu sediakala .. hehee..Atau sila byr ....Jeng jeng Jeng ....
Lega woo .. Sebab duit elaun rumah + cola kena potong selagi mana kita tak settlekan urusan pindah ni .. Banyak woooo ! Rugi wooo ! Dua rumah mau kena bayar !! Heee..