Halanglah camana pun .. Kalau dia nak lalu , dia lalu jugak !! Ada dia kisah ??? Takde punyaaaaa...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Halanglah camana pun .. Kalau dia nak lalu , dia lalu jugak !! Ada dia kisah ??? Takde punyaaaaa...
“ Abang , ada orang depan pintu rumah kita ! Dia bukak grill !! “ . Wife kejutkan aku yang baru nak akad nikah dalam mimpi aku ..
Hurmm.. Aku selak langsir .. Perhati depan rumah. Takde sapa . Tengok rumah jiran aku . Ternampak bayang-bayang seseorang. Aku nak bukak pintu untuk tengok dengan lebih jelas.
“ Ben , pintu grill tak kunci. Pagar pun .. “ . Kata jiran aku yang ternampak muka aku yang serupa baru lepas kena rogol tu haaa .. Kusut masai sbb syok sangat tidur ! ..
Aku yang masih blur blur tu , jawab dengan ringkas …
“ Tu laaa… Ngantuk sangat.. Terima kasih yer… “. Aku menyorokkan diri di sebalik pintu sbb segan nak tunjuk badan yang tegap ni haa .. Hahahaha …
Terus aku kunci pintu grill dgn mangga gajah tu. Pastu sambung tidur. Sangat sangat mengantuk haaa … Huhuhu .. Tapi tak dapat sambung mimpi tu. Nak tau gak sapa gadis bertuah tu .. Hahahaha ..
Paginya , di hp aku ada sms dari jiran aku yang bagitau mengenai grill tu … Dan aku balas dengan mengucapkan terima kasih atas keprihantinan mereka ..
Hurmmm .. Suami isteri perlu sepakat memastikan keselamatan rumah sebelum tidur. Jangan salah seorang jer prihatin .. Susah gak tu ..
Seperti biasa , jam 4 petang aku dan Qhaliff akan bertolak pulang ke Putrajaya untuk menjemput wife jam 5.30 . Tujuan gi awal tu untuk elakk jammed dan membuatkan Qhaliff meronta dalam kereta kerana kebosanan ! Dah ada pengalaman dah .. hehehe ..
Segalanya bermula dengan baik .. Tapi mula berubah bila aku sampai di lebuhraya Tasik Selatan . Qhaliff mula menampakkan wajah mengantuknya dan membuang botol susu yang masih berisi susu ..
Aaahhh .. Sudahh .. Cuak dah aku .. Maklumlah , kalau aku biarkan dia menangis , silap silap boleh sawan budak tu nanti .. Nak bagi tengok movie , kedudukan car seat dia membelakangkan tempat letak hp aku tu .. Camana nak tengok ? Hurmm ..
Dan aku dapat idea .. Di traffic light yang berwarna merah , aku cepat cepat cabut menda alah tu .. hehee .. Dan ubah di tempat yg boleh dia tengok dengan tenangnya .. hehehe ..
3 kali ulang lagu ALIF BA TAA .. dia pun …. Zasssss .. Aku pun , legaaaa !!
Rambut PTD la Qhaliff ! Hahahaha .. adehh … Smart sungguh laaa mak aku sikat ..
Ada rakan pembaca blog mintak aku terangkan kelebihan air ni memandangkan aku dah berapa kali update dalam blog .. Dan alhamdulillah ada beberapa rakan pon telah menunjuk minat membelinya untuk mencuba terlebih dahulu ..
Apakah kelebihan air alkali ni ? Ok , kalau korang google .. korang akan jumpa beberapa testimonial dari mereka yang pernah minum air ni .. Maksud minum ni bukanlah sekali minum terus jadi ‘badang’ tapi mengamalnya sebagai minuman harian .. Ada jugak la perubahan antaranya Mat Gebu , tokey DAPUR TANPA SEMPADAN tu .. Katanya , sejak minum air tu , dia mudah tidur malam dan begitu juga ayahnya .. Alhamdulillah ..
Dan semalam , ada juga beri pada jiran untuk mencubanya.. Sekadar mencuba. Sembuh atau berkurangan tu , kuasa ALLAH .. Ok , apakah kelebihan air tu ? Aku amik poster dari stokis air alkaline plus tu yer …
Bagi yang berminat , boleh hubungi mereka .. Dayang Dayang Suhada 0173073593 dan Syarizah Begum 0193965212 .. Bagitau korang tau dari blog aku .. Heheee ..
Kalau nak baca lagi mengenai air ni yang telah aku update sebelum ni , sila klik SINI …
Wallahualam .. Lebih baik berusaha dari nganga je kan ?
Haaaa .. “ Peewit ‘ , bapak dia yang bunyi. .. Anak dia bunyi lain .. Tapi mmg memanggil la diorang tu ! Saja menegur .. Ramah sangat dah Qhaliff skang ni .. Adeh ..
Plan nak buat cam semalam , kul 8 malam .. Qhaliff dah tidur ! Tapi .. tapi… adeh .. hingga jam 9 malam , harapan nampak cam tipis jer dia nak tidur awal sbb dalam kereta dia dah bantai tidur !
Huwaaaaa .. Tapi tak pe .. Giliran ibunya amik alih .. Daddy kena kerja sampai jam 12 malam .. Penat gi gym pun tak settle lagi .. huhuhu ..
Sapa kata jadi blogger mudah ? Susah wooo .. Mau idea , update .. pastu terus promosikan blog .. Tarik ‘pelancong’ di waktu malam lagi.. haaa …
Berkemahiran bermain alat-alat muzik tanpa elektrik, lawak jenaka, silap mata, akrobatik, tarian, kebolehan meniru bunyi atau suara selebriti? Maka andalah yang kami cari!
Pertandingan ini merupakan julung kali diadakan oleh Kraftangan Malaysia. Johan bakal menerima wang bernilai RM5,000.00. Naib Johan menerima RM3,000.00 dan Tempat Ke-3 menerima RM2,000.00 serta tiga Sagu Hati bernilai RM700.00.
Datang dan sertailah uji bakat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 9 Mac 2013 (Sabtu) dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Borang penyertaan boleh dimuat turun di bawah dan hantar melalui e-mel atau faks kepada Urus Setia Pertandingan. Penyertaan percuma.
HADIAH
Tempat Pertama : RM5,000.00
Tempat Kedua : RM3,000.00
Tempat Ketiga : RM2,000.00
Sagu Hati : RM700.00 X 3 pemenang
Diulangai , penyertaan adalah PERCUMA!
Lengkapkan borang dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan.
Jom datang untuk tunjukkan bakat anda!
Geng !! Tak lama lagi , naik bas sekolah sama sama .. Nenek mereka yg punya !!
Ni keje aku antara jam 12 tghari hingga 2 petang .. Jaga dua orang ni !! Pastu atuk dia amik alih , aku gi gym semula .. Update blog , di mana mana sajaa .. heeee..
Jangan hairan kaki Qhaliff tu .. Dari kecik gitu .. Dia rasa secure bila gitu .. Perangai aku ... Hehehe ..
Comel cam aku kan .. Aku tau dah korang nak kata gitu ..
Alhamdulillah .. Nak cecah 5 tahun dah blogging .. Pelbagai pengalaman dapat aku kutip selama ini . Paling menarik ialah mengenai trafik . Disebabkan trafik blog ni , pelbagai tohmahan aku dapat .. Hehehe .. Menarik kan ? Seronok… Trafik dapat , pahala pon dapat ..
Dan segalanya dalam perancangan aku. Alhamdulillah , ianya menjadi kenyataan . Bukan mudah tapi tak juga susah .. Apa yang perlu cumalah perancangan yang jitu dan perlu berkesan !
Bila segalanya menjadi kenyataan , tak perlu susah susah dah mcm dulu .. Bukan lupa daratan tapi kita perlu bergerak setingkat lagi untuk membuktikan yang kita bukan berblog untuk mendapatkan hasil sehari dua . Walaupun sekadar suka suka , perlu ada peningkatan ..
Mulakan dengan ‘marketing’ disusuli dengan kerja keras , seterusnya berusaha kekalkan .. Akhirnya , barulah buktikan dengan penulisan yang mantap serta berinfomasi ..
Sampai satu saat , anda perlu buktikan kekuatan anda di mana .. Sampai bila nak jadi blogger copy paste atau blogger isu panas je kan ? Sesekali , ok la .. Kalau setiap hari gitu , hurmm… fikir sendirilah ..
Cari di mana kekuatan anda ! Mengapa mereka perlu baca blog anda ! Apakah kerana isu semasa atau kerana penulisan anda .. Jangan kejar trafik yang tinggi melambung .. Sebabnya , esok kena dapatkan trafik sebeigut rupa ! Kalau tak , menjunam turun .. Atau sampai bila asik nak ping ping ping entri , kan ? Kena fikirkan bagaimana nak ‘mereka’ senantiasa bukak blog anda tanpa entri hangat atau ping !
Letakkan sasaran .. Kalau tak capai , perlu lakukan sesuatu ..
Hmmmm ..Jangan sampai sayangkan anak , segala yg dilakukan anak kita tu benar sebenar benarnya ..
Ada la kawan cerita kat aku pasal bossnya memberi 'amaran' .. kerja biar jujur..Jangan pecah amanah tp rupanya 'anak buah ' yg buat angkara !
Hurmmm .. Pengalaman korang yg bergelar guru , lagi la kan ..hehehe..
-iklan-
Our all time favorite collection is KURUNG PEPLUM VALENTINA CREPE @ RM140.00 include postage. Klik SINI ..
BUTTON KURUNG PEPLUM @ RM130.00 include postage yang sesuai bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. tapi wlpn bkn yg menyusukan anak pn boleh juga klu nak tempah. Klik SINI ..
kami juga menyediakan tempahan untuk baju tunang/nikah/sanding/majlis2 formal bagi design exclusive. Pakej L/P serendah RM 1500.00 Klik SINI ..
Kami juga ada menjual shawl (ready stock item) @ RM 30.00 include postage . Ada pelbagai corak/warna yg kami sediakan . Klik SINI ..
1) semua kurung peplum kami adalah Pre-Order item kecuali our shawl are ready stock item
2) kami berikan RM10 off bagi customer yang order melalui blog benashaari.com . Cash voucher code no: BEN10
Terima kasih kerana sudi luangkan masa anda ..
Hehehe... Herbalife .. Saja try protein keluaran mereka. Yelah , protein mereka lebih pada tumbuhan .. Lagi pun aku bukan nak besar pon .. Asal ada ketul ketul ,udah ler ..
Aku amik ni pon belah pagi dan lepas workout .. Setakat ni rasa ringan skit badan . Heeee.. tak tau la org lain..
Hehehe .. Baru kul 8 malam , dia tidur dah !! Tu diaaaa .. Biasanya , time ni aku dok angkut , kejar dan gigit dia sehingga dia mula mengantuk disusuli dengan layan cerita serta menyanyi bersama ..
Tapi , untuk malam ni , aku rehat setelah berjaya membuatkan dia penat di petang hari tadi ..
Bawak gi taman permainan tadi .. Dia sibuk tgk budak budak sana main termasuk la satu brother tu dok bersenam depan dia .. Ternganga la mulut tengok .. Menyapa tu tak tahan !! Hahahaha .. Mesra laaaaaa anak aku nehhh !
Pastu , tak balik terus .. Gi borak borak ngan jiran yang dok berkumpul depan rumah setiausaha taman .. hehehe .. Dan salah seorang tu mintak nak dukung Qhaliff .. Amboiiiii !! Terus naaak dia ! Walaupun kali pertama bersua muka , terus nakk .. Adehhh ..
Sampai rumah .. Jangan tidurkan dia terus ! Mandikan .. Kasi makan .. Barulahhh … Kasi susu .. Dan … Daddy leh bersenang sengan mengupdate blog ! Heheehhe …
Esok .. gi umah nenek lak .. Nenek jaga .. Daddy leh gi berjimba jimba di gym !
Aku guna gak Celcom Broadband tetapi kat rumah mak aku yang selalu aku pergi tu , Celcom hancur ! Signal out of service !! Letih dah nak layan .. Nak tak nak , aku kena guna Maxis sbb coverage dia lagi ok dari Celcom ..
Cuma tang satu perkara aku cukup pelik bin ajaib ! Apa giler laaaaa Maxis buat pecahan kuota internet sebegini rupa ???
Aku amik pakej 20GB berharga RM88 sebulan .Tiada bayaran tambahan walaupun kuota dah abis melainkan nak tambah kuota andai nak mendownload atau nak buat sesuatu dengannya. Bagi aku , tak perlu dah ..
Tapi … Tengok tang INTERNET QUOTA tu .. Dari jam 8 pagi – 2 pagi , yang diperuntukkan adalah 5GB dan baki , 15GB tu boleh digunakan dari jam 2 pagi hingga 8 pagi !! Huk alohhhh .. Apa giler time tu dia letak byk byk ????
Apakah dia rasa time tu tak ramai online ? Atau time tu ramai online dan time tu ramai mendownload ? Amboiiii … Cer tengok tang harga yang perlu dibayar ! Orang yang akan keluar duit sebanyak tu (RM88 ke atas tu ) , kaki jaga malam ke ??? Pastinya mereka yang bekerja kan ?? Kalau pelajar , mmg akan jaga malam tapi apakah mereka akan melanggan pakej tu ? Tak ramai punyaaaa .. Baik duit tu guna pi dating !!
5GB yang diperuntukkan untuk aku tu , sekejap jeeeee abis ! Tak sampai seminggu ! Baki tu aku nak buat apa ? Kul 2 pagi jaga dan baru gunakan ? Atau lepas subuh , aku online hingga jam 8 pagi untuk habiskan kuota tu ??
Serius .. Aku pelik atau aku ditipu secara terang-terangan .. Hehehe.. Tolong jangan syorkan aku guna streamyx atau Unifi sbb diorang tak berminat nak pacakkan tiang kat taman baru ni lagi ! Grrrr .. Kalau ada pun , aku fikir banyak kali untuk gunakan sbb aku bukan duduk rumah 24 jam !
Maxis oh Maxis .. Mudah benar kaut untung kan ?
Berkemahiran bermain alat-alat muzik tanpa elektrik, lawak jenaka, silap mata, akrobatik, tarian, kebolehan meniru bunyi atau suara selebriti? Maka andalah yang kami cari!
Pertandingan ini merupakan julung kali diadakan oleh Kraftangan Malaysia. Johan bakal menerima wang bernilai RM5,000.00. Naib Johan menerima RM3,000.00 dan Tempat Ke-3 menerima RM2,000.00 serta tiga Sagu Hati bernilai RM700.00.
Datang dan sertailah uji bakat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 9 Mac 2013 (Sabtu) dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.
Borang penyertaan boleh dimuat turun di bawah dan hantar melalui e-mel atau faks kepada Urus Setia Pertandingan. Penyertaan percuma.
HADIAH
Tempat Pertama : RM5,000.00
Tempat Kedua : RM3,000.00
Tempat Ketiga : RM2,000.00
Sagu Hati : RM700.00 X 3 pemenang
Diulangai , penyertaan adalah PERCUMA!
Lengkapkan borang dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan.
Jom datang untuk tunjukkan bakat anda!
Tercari-cari tempat nak makan tengahari memandangkan wife MC sbb demam..
Gi ke kawasan berhampiran dgn rumah yg jarang aku nak terokai.. hehe .. Dan jumpalah byk restoran yg selama ini dok gi makan tempat yg sama ...heheehe..
Keputusan diambil untuk try dulu makan di Mee Udang.. Sedap ke ?? Keow kerang , boleh tahan .. Air kedondong pun sodap gak..
Mee udangnya lak ??? Hehehehehe....Tgk gambar tuuuu.. Pasni nak try mee bandung tu lak ..