Hurmmm .. Secantik mana kita , sekacak mana kita … Segalanya teruji bila ALLAH menduga kita .. Masa itu , segala akan nampak .. Terutama si dia yang mengatakan betapa CINTAnya pada kita .. Heeh ..
Ramai dah diduga .. Dan ramai juga terbukti CINTAnya hanyalah sekadar sandiwara .. Hanya untuk dapatkan yang luaran semata mata…
Apa nak buat .. Kita sendiri yang cari begitu. Tapi tak perlu nak salahkan diri sendiri .. Semua itu ujian ALLAH untuk meguatkan lagi keimanan kita .. Kalau tak diduga begitu , kita pun terlupa bahawa langit di atas kepala kita itu , tinggi rupanya ..
Dan , percayalah .. Kalau kita cari yang dunia , maka kita akan dapat dunia .. Dan kalau nak cari keduanya , carilah di tempat yang mana ALLAH dah bgtau awal awal dah ..
CARILAH PASANGAN untuk dunia dan akhirat ..