“ Pecah rumah semakin melampau ! Bla .. bla .. blaa … “
Satu pesanan penaja dari jiran tetangga melalui group whatsapp yang meminta semua jiran berhati hati terutama di waktu siang ketika orang sibuk gi kerja. Yang tinggal mungkin anak kecil bersama si isteri yang tak bekera atau dengan orang gaji .
Tak kira tempat ! Kalau diorang nak masuk , diorang masuk ! Diorang akan buat ‘siasatan’ terlebih dahulu sebelum nak buat kerja pada hari mendatang !
Mungkin kita rasa rumah kita takde barang berharga bila mereka pecah masuk tapi perlu diingatkan , mana la tau kot ketika mereka pecah masuk , kita ada dirumah ! Sangat merbahaya bila situasi begitu berlaku .
Sila tingkatkan keselamatan rumah kita. Yang gemar keluar malam tu , janganlah umpan penyamun sampai ke rumah kita. Umpan tu , macam macam benda yg mampu membuatkan mereka mengekori kita .. Anak dara , harga benda cam gadget dan macam macam lagi.
Negara kita ni selamat , kata mereka .. Tapi belum tentu kita selamat. Jadi , pandai pandai la selamatkan diri sendiri ..