Wife ajak gi Ikea memandangkan Qhaliff dah mula menyelongkar barang-barang yang ada dalam rumah terutama yang berada di dalam laci . Malah dia sekarang pon dah berani mengambil barang yang berada di tempat tinggi..
Buku yang berada di dalam rak buku tu pon dah berkali kali disusun ! Hurmm .. Dsebabkan dia , aku rasa untuk naikkan frame gambar atau perhiasan terpaksa dibantutkan kerana nak cari perabot yang sesuai untuk kami anak beranak terutama si Qhaliff yang dah mula memanjat !
Belajar menulis dengan kaki ? Adehhh … Dia cukup pantas dengan kakinya tu ! Tangannya pon ! Bila nak capai sesuatu , mmg kita sendiri tak terduga akan tindakannya . Sekarang ni , kena baca pikiran dia ! Ada je akal dia nak kenakan kita .. Aku , dia geramkan cermin mata aku tu. Aku pun pelik nape dia suka sangat kat spek aku tu haa.. Jangan kasi alasan untuk daddy beli baru yerrr !