Aku dengar memula dari wife aku . Serius aku tak percaya ! Walaupun ada gambar , aku tetap tidak ingin mempercayainya ! Zaman ini , zaman fitnah .. mudah sangat fitnah dibuat ..
Dua cerita ni , katak dan ular .. korang boleh membacanya di SINI .. aku malas nak copy paste atau nak ulas lagi .. kawan blogger tu dah ulas cantik dah .. hehehe ..
Cuma , sangatlah kesian jika semua ini satu fitnah yang mampu merosakkan perniagaan orang melayu sendiri ! Sampai bila kita asyik nak hidup dengan perangai begini ?
Dunia dah semakin sampai ke penghujung. Kita hidup seolah olah abadi selamanya . Terlupa yg malaikat maut senantiasa mengunjungi kita .. Hanya tunggu masa …
Bila kita kritik , maka orang kata .. “ Cuba kau yang pergi main ? “.
ika begitu katanya , jawab aku mudah … kalau begitu baik aku cuba jadi angkasawan jer ! Seperti seorang ayah marahkan anaknya yang gagal dalam ujian . Jawab anaknnya ,
“ Cuba ayah yang gi jawab kertas ujian tuuu .. ingat senang ke ? “ .
“ Yang ayah antar kamu gi sekolah , gi tuisyen ..beli buku tambahan tu buat apa ? “.
Mengkritik mmg mudah berbanding mereka yang dikritik tapi kena la ingat bahawa pencapaian yang dicapai kebanyakkannya dari kritikan ..bukan pujian !
Ada kawan tanya aku kenapa aku kritik sangat pasukan bolasepak negara . ” Bersyukurlah ! “ . Katanya.
Jawab aku , “Dulu kita sorak pemandu luar dlm sukan motor , sekarang kita ada dah pemandu bertaraf dunia. Dulu kita kata ada dah pemain skuasy Pakistan dah jadi lagenda dlm sukan tu , sekarang kita pon ada dah ! Kita ada dah penerjun bertaraf dunia , pelumba basikal berkelas dunia tapi mengapa bolasepak semakin mundur ? “.
Jawab kawan tu , “ Bolasepak permainan dunia sbb tu kita sukar nak bersaing .. “ .
Aku kembali berkata padanya .. “Kita mudah berpuashati , terlalu byk alasan .. sampai bila bila kita takkan ke dpn. Kita taknak jadikan Jepun dan Korea sbg contoh terdekat ! “.
Balas kawan tu , mereka tu lain .. Mereka punya bla bla bla ..
Aku senyum .. Alasan lagi .. Lagi dan lagi dan lagi ...
Teringat kata kata ayah kawan aku .. Kalau kamu berada dikalangan murid murid yg pandai , tetapi tidak mengambil kesempatan utk turut sama menjadi pandai maka kamulah yg akan terus menjadi yg terlemah di kalangan mereka !
Jangan jadikan alasan tidak pandai utk terus tidak pandai ! “
Status aku di Facebook pagi ni .. Aku bukan apa .. Pasukan negara ni bukanlah pasukan budak sekolah rendah. Kita dah jumpa macam macam pasukan kelab mahupun negara ! Tapi bila kalah , alasan sama .. Dapat satu gol , dah kira beruntung ! Kena ingat dalam bolasepak cuma ada JUARA jer .. tak kira la berapa banyak gol , cantik atau tidak tapi apa yang menjadi keutamaan ialah pencapaian .
Apakah pencapaian kita sewaktu menentang pasukan Barcelona ?
Teringat coach kata kata jurulatih Piala Dunia Brazil yang berjaya membawa Brazil menjuarai piala berprestij tu .. Yang penting menang ! Bukan gaya atau mutu .. Itu bukan masanya nak pamerkan mutu dan gaya tapi pencapaian ! Mereka akan dikenang kerana menjuarainya bukan kerana mutu atau gaya !
Sampai bila aku nak kata … Ok la tuu.. Janji ada gol ! Baik buka jawatan “ SUKARELAWAN BOLASEPAK DIKEHENDAKI . TIADA GAJI DAN ELAUN. ASALKAN TAU JARINGKAN GOL !” .
Duit dok keluar.. Hasil tak bergerak mana pon .. Peliknya , kita mempunyai bakat bakat kecil yang cukup bagus .. Dilatih dari kecil , dihantar bermain di luar .. tapi kenapa masih gini gak ?
Jawapannya ada dah .. cuma tak leh nak buat apa apa .. Petang ni layan Lee Chong Wei .. Kalah atau menang , dah cukup membanggakan .. Di usianya begitu , dia terus mencipta kejayaan untuk menyejukkan hati rakyat Malaysia yang panas hati tengok sukan bolasepak negara yang indah khabar dari rupa !
Dah semakin ligat main . Kalau partner dia takde , resah gelisah .. Berkepit je ngan aku ..
Kalau ada , seronok sungguh dia .. Tak nampak dah aku .. Terus dilupainya akuuu ini ! Huwaaaa .. ni yang nak proses hok no 2 ni .. hahahah .. Dah tiba masanya kot .. Qhaliff pon dah besar.. dah leh jadi abang ..
Tapi kan , bila ada partner dia tu mai kat aku , tau pulak dia tolak ! Sejak bila belajar cemburu ni ?? Hahahaha .. adehhh .. Kening pon dah nampak bersambung dah niiiii …
Orang berkening lebat bersambung ni , mmg kuat cemburu eh ? Esok gak nak gi design kening !
Kali pertama aku guna aplikasi Waze ari tu , mmg rasa berbaloi sangatlah ! Sangat sangatlah sebab ada info terkini mengenai kesesakkan lalu lintas dan juga kemalangan.. Sambil sambil tu leh baca pemandu merungut dalam tu .. kiranya ada ruangan chat la ..
Hari ni , aku nak ke Pengkalan Chepa dari Panji .. Serius , sangat dekat sebenarnya tapi aku tak tau jalan .. Gunalah WAZE ! Elok elok 10 minit je perjalanan , terus jadi berjam lamanya ! Waste my time laaaah !
Aku tak kata aplikasi ni tak bagus.. Bagus sgt tapi masalahnya ialah ianya masih guna internet untuk memberitahu info dan juga gunakan Gps .. kalau takde internet , camana ? Masalah wehhhh … Kena dah tadi ..
Mungkin salah aku laa sbb tak reti nak guna sangat .. Disebabkan masalah gini laa , aku lebih rela guna Sygic jer atau , tanya je la kat orang ramai .. Kecuali ! Bila malam malam , aku akan guna gps untuk lihat laluan depan aku ..terutama bila berkabus .. hehehee .. Kena dah aku sekali ! Tu yang tau untung guna gps ni ..
Oh ya .. akhirnya aku patah balik ke Kok Lanas .. tak larat dah nak harung jalan jammed ditambah lagi dengan salah jalan !
Aku antara jutaan peminat jam Rado .. Kali pertama aku dengar jenama Rado ni , dalam tv .. Rasanya masa tu aku masih lagi belajar .. kira kira 20 tahun lepas ..
Harga ? Aku tak tau lagi sehinggalah aku cecahkan kaki ke Star Hill . Kat sana bersepah butik jam berjenama .. Harganya mmg membuatkan aku ternganga .. Tak terlangkah kaki masuk untuk melihat jam jam lain di dalam tu.. Yang aku tgk tu pon , yang terpamer untuk tontonan orang lalu lalang ..
Sejak tu aku jatuh cinta dengan Rado . Apatah lagi ianya buatan Swiss yang cukup terkenal dah ..
Kelmarin , ada sorang kenalan aku bagitau yang ayahnya beli jam Rado Diastar .. RM3 ribu katanya. Kat butik jam .. Ikutkan , harganya ialah RM4 ribu tapi bagi diskaun .. Huh ! Rado ? Diskaun ? 3K ? Biar betik .. Untunglaaaa …
Tengahari tu , aku gi solat Jumaat .. Depan aku ni ada sorang pakcik .. Dia pakai jam sebijik macam kenalan aku punya bapak pakai ! Huk alohhhh .. Sebijik weh ! Pakcik tu , aku tengok macam nelayan je pon .. Pakai jam beribu ringgit ? Biar betul ni ??
Petang tu , aku gi jamuan raya rumah mak sedara wife aku .. Kawan aku pon ada gak .. Dia datang.. Dia pakai jam Rado Diastar tu jugak ! Wehhh .. ramainyaaa orang kaya dalam Malaysia ni ! Camana aku leh tercicir tak tergolong diantara mereka ni ???
Tadi aku google untuk cari info mengenai jam ni .. Dan aku baru tau , bersepah jam Rado atau jam jam sewaktu dengannya yang berstatus ‘replika’ ! Tapi bergred tinggi laa ..
Tapi masalahnya ialah ada penjual tak bagitau apa maksudnya REPLIKA tu .. Yelah , original Rado , harganya leh dapat superbike sebijik ok !
Teringat yang ayah aku pon pernah kena kencing gak .. Beli Raymond Weil bertahtakan berlian .. Harga RM100 ! Siap mat pet tu kata dia jumpa jam tu ! Adehhh … sian ayah gue tu..
Hati hati la yer bila ‘main’ ngan jam berjenama ni .. Lainlah mmg nak beli jam replika sbb dah tak mampu nak beli hok mahal tu..
Cantik jam bawah ni kan ? Perghh.. kalau ada replika , aku pon nakkk !
Google la untuk cari isu isu jam Rado ni .. confirm jumpa ..
Tamo dah kat org lain tapi kalau nak dukung gak , caranya kasi dia senyumdulu.. baru leh main ngan dia..Kalau tak , confirm teriak..
Untuk raih keuntungan , maka ‘kita’ dijadikan er .. jadi apa yer ? Yelah , ngan Chelsea pon dah kena belasah .. Ni kan pula Barcelona yang mmg dah cukup mantap ..
Dengarnya kutipan tiket tak memberansangkan tapi ada pula kata menguntungkan ! Wahahaha .. tak kisah laaa .. Janji malam ni perlu ada live ! Apa ? Takde ? Tungggu siaran tertunggak ? Ke tertunda ? Hehehe.. Bil air je tertunggak ! Weee ..
Tengok streaming je la eh ? Tak sanggup laa buang bandwith aku tinggal ciput tu.. Tunggu je kengkawan update di FB .. hehehe ..
Oh ya.. tersenyum aku baca kenyataan mengenai perlawanan tu di Mstar ..
“ Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal meminta pemainnya tidak gentar berhadapan dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC, “.
Gentar tu tak la.. tapi memasing dah pakat nak pilih sapa nak tukar jersi nanti ! Kalah dah tentu .. menang tu pelik ! Serius , pelik aihhhh .. hahahahah …
Kalau menang , 10 tahun jadi bualan .. Perghhh … Maaf la , aku cuba jadi positif orangnya tapi bila bab bola yang melibatkan Rajagobal kebelakangan ni , ianya hampeh sama sekali !
Sebelum guna ..
Selepas guna ..
Memang dah standby dua jenis ubat sapu bila gi mana mana .. Yang pertama , mopiko .. Nyamuk cukup suka pada budak berhati bersih ni .. hehehhe .. Yang kedua ubat sapu aloevera ..
Alhamdulillah , mmg ada perubahan bila guna .. Cam benjol Qhaliff tu hilang dalam masa 2-3 hari jer .. dengan izin Allah !
Bukan apa , aku tak nak la Qhaliff kata aku tak jaga dia .. bila dia besar nanti ! Biarkan dia berparut sana sini .. huhuhu … Jadi , amanah Allah ni kena jaga selain dari jaga akhlaknya dan juga ilmunya.. Heheh.. Ingat ada baby ni syok nak main dengan dia je kee ??? Huhuh…
Terkejut memula aku tengok video kanak kanak beronani di cyber cafe berbaju melayu ni ! Aku rasa diaorang ni mesti bawah umur 12 taun lagi .
Adoiyaiii .. Sedih tengok .. Apa dah jadi ni ? Dapat duit raya , pastu gi cc buat menda gini ? Haihhh …
Jangan pelik sebenarnya .. Menda menda gini tak leh nak tuding pada satu pihak je.. Ada yang nak kata anak anak kecil tu yang salah .. Ada yang nak salahkan mak ayah yang tak reti jaga anak .. Ada yang nak kata kerajaan yang tak kawal .. Macam macam laaa lemparan dibuat sbbnya tak kena pada muka sendiri !
Dah tu nak salahkan sapa ? Tak perlu nak cari salah sapa tapi bagaimana nak bendung aktiviti begini sejak dari dulu lagi ! Zaman aku , bersepah majalah lucah ! Zaman ni , lain pulak gayanya .. Setiap zaman ada je karenahnya .. Nak tuding menuding , tak de penyelesaiannya ..
Ada yang suruh terapkan didikan agama .. Benar tapi sekadar terapkan tanpa ada ilmu pun masalah gak .. Kanak kanak macam ni , makin membesar .. mereka lihat dan belajar .. Tanggungjawab sapa ni ? Masyarakat ! Apa yang patut masyarakat buat ? Bendung ! Camana nak bendung ? Dari sinilah kita kembali ke agamaaaaa … Ada yang tau bab agama tapi tak praktikan .. Ada yang tau bab agama tapi sekadar hafal untuk lulus ujian .. Jadi , orang yang punya didikan agama dan juga ilmu , perlulah memainkan peranan ..
Didikan agama dan juga ilmu ? Camana tu ? Contohnya seorang abang yang senantiasa berbual dengan adiknya .. Dia mengajar adiknya bab agama dan pada masanya berbual mengenai dunia lelaki .. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh . Untuk berbual hal gitu , si abang perlu ada ilmu , kan kan ? Tu contoh je la.. Kalau korang ada idea lain , kongsi kongsi la .. mana tau berguna untuk anak anak kita nanti ..
Jangan pelik .. menda menda gini mmg wujud dari dulu ! Jangan salahkan IT …