Aku teringin nak kata gitu bila selisih dengan penjual penjual filem cetak rompat ! Tapi … hurmm
Aku tak kata aku penyokong mereka tapi kehadiran mereka membuatkan orang orang yg tak mampu gi ke panggung membelinya untuk menonton ‘ apa yang best sangat’ filem tu kemudiannya buang atau memberikan pada orang lain ! Buat koleksi ? Aku tak rasa mereka akan buat koleksi kecuali jika filem tu bagus dan sesuai utk dijadikan koleksi , maka mereka atau aku sendiri akan beli yang original utk simpan ..
Jgn nak tangkap aku lak ! Salah sapa ? Nak beli original , tak semurah cetak rompak ! Kualiti dvd pon belum tentu leh tahan berpuluh tahun. Belum lagi filem tu punya kualiti ! Sekali bila tonton , tertipu !! Filem serupa sampahhh !! Jangan marah , itulah hakikatnya !!
Filem tempatan masa kini .. Berapa banyakkan yang benar benar layak ditayangkan di pawagam ? Teringat lagi kata kata , er .. sapa tah .. Masa aku gi ke forum perfileman tahun lepas .. katanya filem ni cumalah satu bisnis buat mereka .. Mereka jual , kita beli. Baik buruk , kita sebagai penonton kena tapis sendiri ! Terkedu aku dengar !!
Bagi aku mudah jer .. Kalau nak orang macam aku ni menyokong filem tempatan , pembikin filem masa kini perlu lebih bijak memilih karya karya untuk difilemkan ! Kalau mereka fikirkan keuntungan , maka kami ni pon nak fikirkan penjimatan ! Nak tengok perlu ada duit ! Bukan saja untuk bayar tiket , kena bayar cukai , parking kereta dan macam macam lagi !
Ingat lagi aku pada satu filem yg aku dijemput hadir untuk membuat review mengenainya. Aku sanggup pergi walaupun tak bayar hanya semata mata untuk menyokong filem tempatan ! Pengarahnya , perghhh … Bukan calang calang .. Pelakonnya , bukan main hebat !! Tapi hasilnya , sangatlah mengecewakan !!!
Disbbkan tu, aku nekad tak nak tonton dah filem tempatan di panggung mahupun cetak rompak punya ! Namun aku pujuk hati setelah aku terima satu lagi jemputan untuk menonton filem komedi arahan pelakon / pengarah tersohor yg aku minat sangat sangat !
Sekali lagi aku hampa dan malu pada rakan rakan yang mana aku ajak mereka join sama ! Haihhhh … Apa dah jadi dengan pasaran filem tempatan ? Mereka fikirkan keuntungan mudah dari orang Malaysia ke ????
Bagaimana orang macam aku ni nak tolak longgokan dvd cetak rompak atau download di internet kalau mereka sendiri tak bantu kami ?? Kena ada win win laa .. Terbitkan filem berkualiti dan jangan tipu kami dengan longgokan filem mencari keuntungan mudah !!
Katakan TIDAK PADA FILEM MURAHAN ! Apa itu filem murahan ? Anda sendiri mengetahuinya …