Kesan dari kena tembak masa main paintball ! Nampak kat bahu dan lengan tu ? Perghh .. Tak sakit pon tapi rasa best je tengok ! Hahaha .. Lebam tu , rasa sengal skit jer. Cam kena jentik je rasanya ..
Jadi aku berposing tanpa guna 360 untuk simpan kenangan hasil bermain paintball ni .. Ada 7 kesan kesemuanya. Di peha ada satu . Di betis ada satu dan baki semua di bahagian tangan. Kalau betul punya perang , kiranya aku masih berpeluang untuk terus hidup la.. hahaha …
Terus berposing untuk dapatkan gambar yang ok. Kiranya kesan lebam tu nak nampak jelas .. Tapi setelah 10 keping amik , tak jugak nampak !
Yang nampak , budak ni tetiba je muncul keluar dari belakang aku ! Hahahaha .. kaco betul laaaa ..
Huh … Pun jadi masalah ? Adoiyai .. Kalau dulu aku cerita itu ini itu ini , sbbnya ianya aku dok membaca itu ini atau sedang mengalaminya ..
Sama la jugak bila aku cerita pasal anak aku .. Ianya sedang berlaku pada aku ketika itu atau aku sedang berfikir mengenainya .. Jadi , aku update la pasal tu.
Dan tujuan aku buat gitu , satu hari nanti bila aku dah tiada di atas muka bumi ini , andai Qhaliff panjang umur … bolehlah dia lepaskan rindunya pada aku dengan membaca penulisan aku ini ..
Kalau aku cerita pasal artis , rasanya dia nak amik tau ? Hahaha .. Adoiyaiii .. Rileks laaa .. Bersepah blog dalam Malaysia ni .. Takkan setiap hari ‘ u ‘ bukak komputer , pastu baca blog aku ni dan kemudiannya shut down terus .. Tak kan ??? Kan ??? Haaa.. Dah tu , yang sampai gatal jari jemari nak tinggalkan komen gitu , pasai pa ? Aiyokkk .. Gi la marah blog artis yang asyik citer pasal artis !
Hurm.. rasanya aku tak la citer pasal Qhaliff 100% kan ? Ada je aku citer pasal lain .. Kalau nak cerita lain lain punya lain , cer kasi aku RM 1 juta .. Haaa.. leh la aku citer mengenai barang barang yang aku beli ! Hehehehe …
Heheeh .. Guna gambar lama .. Malas nak amik gambar baru .. boleh ? Hahaha ..
Kenapa Qhaliff marah ? Gini ceritanya ..
Petang tadi , dia main campak campak la barang .. Abis semua dia campak … Ada sekali tu dia campak remote Astro tepat pada muka mak dia yang sedang baring .. Hahaha .. Abis luka bibir ! Aku sengih jer ..
“ Abang dah berkali kali kena.. “ . Aku cakap utk elakkan wife amuk ! Hahaha ..
Selepas tu dia terus buat dan buat .. Dan aku naik geram dengan kelakuan dia tu. Aku bangkit dan gi ke arah dia .. dan tepuk bontot dia ! Hahahaha ..
Tiba tiba dia menangis bersungguh sungguh ! Erk , terkedu aku terus !! Biar benar ? Aku tepuk perlahan benar nehh.. Cam biasa la pon .. Tapi kenapa dia menangis teruk sekali ???
Cuak aku dibuatnya. Aku gi pujuk .. Tak nak diam dia ! Erk .. Camana ni ? Wife bersuara ..
“ Mesti dia dok meneran tadi .. “..
Aku cek bontot dia .. Ada bau .. Patut laaa .. Terbantut dia dok meneran tadi ! Patutlah dia menangis serupa macam marah ! Hahahaha ..
Terus aku bawak ke tandas .. Pancut dengan air untuk kasi jatuh saki baki yang tertinggal .. Keras la tu .. hahaha ..
Pastu baru dia nak diam .. Lega la kot .. hehehehe … Mandikan dia dan baru dia nak sengih .. heheheh ..
Daddy cuak ehhh …
Sama kannn ? Haaa.. Rambut ? Rambut tu dah kena potong manakala Qhaliff lak aku nak simpan rambut dia nak buat cam rambut ..
Walaupun ada cubaan nak provoke aku , aku tak kisah pon .. Hahahaha … Kenapa ? Sebab mmg dah mak aku pun kata gitu .. haha… cuma dulu takde FB dan blog untuk diorang log kan .. Ahahah..
Haaa .. Nak wat camni laa.. Aku tak dapat nak buat cam ni sebab mak aku dah buat style David Beckham… heeee …
Lari tajuk la.. Haaa .. Ternyata Qhaliff serupa cam aku waktu kecik dulu … weeee .. Full stop !
Perancangan selama seminggu untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 20 org bloggers dari serata pelusuk dunia ! Tapi yang hadir sekitar Kuala Lumpur jer .. hehehe..
Terima kasih pada Yanty Lee dan Broframestone kerana berjaya menjadikan perancangan hari ini menjadi realiti ! Hari ini juga menyaksikan pelbagai sejarah tercipta ! Hehehe ..
Suka suka sukaaa .. Aku berjaya lepaskan dendamku pada ke tiga tiga padang paintball ni ! Dan juga menembak mati pihak musuh yang mana ari tu tak sempat langsung nak menghayati permainan ini dengan baik ! Heheheh ..
Selain dari aktiviti menembak orang dengan marker , aktiviti menembak dengan kamera pon ligat dijalankan .. heheheh ..
Tak tau nak kata camana dah .. Aku sangat enjoy hari ini hingga aku sanggup menjatuhkan diri bila kena peluru ! Boleh ? Seolah olah real kena tembak aaaa .. hahahah .. poyoooo …
Apa pun , jutaan terima kasih buat rakan rakan yang sudi hadir hari ni untuk menjayakan aktiviti yang inshaAllah akan dijadikan aktiviti bersukan setiap bulan .. bila ada duit lebih dan minyak tak naik 10 sen ..