Sekarang ni , bila gi rumah org tua aku .. aku perlukan lebih 10 minit utk lepaskan diri dari Qhaliff ! Dia tamo gi kat sapa sapa dan jarinya kuat pegang aku ..
Kenapa boleh jadi gitu ? Apakah sebab dia kurang berkawan atau mmg perangai budak yang dah mula mengenali orang , sukar nak rapat dengan orang lain terutama yang jarang mukanya di lihat !
Tapi bila dengan anak buah aku .. Tengok muka dia je pon dah ketawa !
Ngan orang lain , dia tak nak sangat .. Haaaa .. Ngan rakan sebaya je kot dia nak .. Yang besar besar tu , dia takut .. huhuuhu .. Bila takut , mai la cari aku sambil menangis !
3 bungkus aku punya .. Qhaliff,sebungkus dan wife 2 bungkus.. Baki , orang tua punya.. heeee .. 10 bungkus aku beli ..
Sedap nasi lemak ni . Lama dah rakan rakan kt taman perumahan aku ni dok ckp pasal ni dan aku terjebak dah..
Harap tak berlemak pasni , udah laa .. heeeee...
Hurm.. Dulu , sewaktu isteri mengandungkan Qhaliff .. dia kerap muntah dengan teruk ketika dalam trimester .. aku cukup takut .. Kenapa boleh jadi gitu ? Apakah faktor pemakan ?
Lalu aku up dalam blog mengenainya .. Sat nak tengok balik apa kata aku ketika itu .. Haaa , jumpa entri tu ! Hahaha .. Adoiyaii… Sampai gitu sekali pemikiran aku .. Baca entri "Ibu mengandung , kenapa kerap muntah muntah (Lanjutan ) ." ni ..
Majoriti wanita yang mengandung akan mengalami simptom alahan ini .. Muntah dengan teruk , tak leh bau dapur atau bau manusia berdekatan dengannya dan macam macam lagi !!
Menariknya , bukan perempuan je leh rasa alahan ni .. Silap silap si suami pon dapat ‘ menikmatinya’ dan ketika ini barulah tau camana bestnya alahan ini !
Alahan ni bukan sekadar muntah dengan jayanya tetapi juga melibatkan lesu ! Lesu hingga asyik nak tidur jerr ! Haaa .. Berlaku pada wife aku dan juga rakan blogger , Que Achmad yang mana isterinya sedang mengandung dan mereka berdua dapat alahan yang leh tahan teruk gak laa .. kira sampai kena amik cuti.. Hehehe..
Aku ? Bila wife alahan gini , mmg part jaga Qhaliff ni akan berterusan hingga dia tidur ! Dalam erti kata lain , kalau nak update blog tu.. mmg susah dah skang .. Sebab tu aku makin kurang update !
Bila begini , ada suami tak tahan dan akan marah marah .. Ada juga yang simpati dan senantiasa ada di sisi isterinya dan akan mengurut belakang setiap kali isterinya muntah ..
Buat suami , hargai isteri anda ..
Hurmm .. nak sangat dah berkawan ni .. Tapi memilih gak dia ni . Yang nak berkawan dengan dia , tamo lakk .. Nak pilih yang macam mana pon tak tau laa
Kenalan lama aku bersuara setelah lebih 10 tahun tak jumpa .. Hahahaha.. Dulu kering kontang je aku.. Perempuan tgk pon tak lalu nk buat abg angkat ! Heheeh..
Abis skg lalu ke ????? Er... try la buat badan besar skittt ..
Perghhh.. baru aku faham maksud kawan yang tinggalkan komen di FB aku semalam ..
“ Jangan sampai hempas anak sudahlah .. “
Memula tu pelik gak la aku .. Apahal la aku nak hempas si Qhaliff hanya kerana berebutkan hp lak ?? Adehh .. aku masih waras lagi okeh !! Tapi aku anggap dia gurau je.. Tak de la nak tensen hingga menyimpan dendam .
Pagi ni , di rumah org tua aku .. segalanya terjawab.. Rupa rupanya , kawan tu merujuk pada berita di Harian Metro ! Wooooo… Patutlahhhh …
Hurmmmm .. Bengong betul la manusia gini ! Bukan anak je dibelasahnya tapi isterinya yang cuba menghalang pun turut dibelasahnya ! Adehhhh .. Hanya kerana game di tablet ? Orang macam ni , serius .. hanya sesuai kawin dengan perempuan cam bini Mat Yo tu ! Baru buku bertemu ruas !!
Hampeehhhh !
Sememangnya , ini adalah permainan yang aku cukup gilai dari kecik dulu ! Sanggup buat senapang dari kayu. Beli paku dan kayu , getah dan pelurunya adalah buah ceri ! Dan berperanglah di dalam kawasan flat tempat tinggal aku ! 4 tingkat tuuu .. Jenuh nak mengejar !
Bila dah tua ni , ada duit sendiri maka bolehlah menembak tanpa bunyi peluru dari mulut ! Hahahahha …
Siap study teknik main yg betul di Youtube ko semalam semata mata persediaan untuk pertarungan akan datang ! Hahahaha .. Giler ! Tapi serius la , mmg berantu paintball ni bila kita main dgn jayanya .. hahaha ..
Adeh .. Tapi memadai je la beginner gini jer.. Aku tak cadang nak gi lebih jauh. Main suka suka jer untuk release tension .. hehehe .. Ok pe ? kan ?
Jadi , pertarungan antara blogger tanpa kira jantina , inshaAllah akan berlaku lagi minggu ini andai cukup korum .. ehhehe .. Nak 20 orang .. Berminat ? Sila hubungi saya segeraaaaaa .. hahaha ..
Oh , main kat mana ? Kat Kelab Tasik Cyberjaya .. Tak susah aih nak pi sini .. hehehe …
Ada aku kisah ? Alasan kenaikkan ? Sebab penyeludupan ? Waduhhh .. Bagus tu.. Alang alang nak kasi naik , naikkan je terus ke RM50 !!
Tapi bila dibuat gitu , masalah lain pulak timbul ! Sebagai contoh arak , dadah yang harganya cukup mahal .. Berapa ramai sanggup berenti hanya kerana harganya yang semakin mahal berbanding fatwa mengatakan yang merokok ini haram hukumnya ! Google yer cari jawapannya..
Aku malas nak berbahas mengenai kenapa dan mengapa mereka merokok atau sepatutnya kerajaan tak patut benarkan rokok dijual dalam negara ! Apakah ini akan membuatkan rokok tidak berada di dalam ruang negara kita ? Akan ada gakk malah ada yang menokok tambah isi kandungannya nanti ! Haaa ..
Aku tak sokong langsung bab rokok ni … tapi apa lagi yang mampu kita buat ? Cam bab aurat la.. Dah terang terang kata haram , berapa ramai kata NANTI TUNGGU HIDAYAH ?
Naik je la.. asal bukan petrol naik , sudah !
Sejak perjanjian Pangkor ditandatangani bersama jiran yang terdiri dari anak anak dara setelah berperang cyber secara aman , Qhaliff sering jd tumpan anak anak dara tu bila berjalan petang dengannya .. Hehehe .. Jangan marah aa jiran .. heehe ..
Tiap kali ditegur , dia malu malu gitu. Teringat zaman aku bergelar anak teruna dulu .. Aku mmg pemalu okehhh !! Haaaa ..
Sekarang Qhaliff lak ikut malu .. hehehe .. Bila ditegur , dia terkaku diam. Bila diorang datang nak amik Qhaliff ,terus dia pandang muka aku seolah mintak simpati ..
“ Helllppp daddy .. helpp … “ ..
Aku biarkan je tapi bila disentuh terus berubah muka ! Hahahaha .. Sombongkah dia ??
Tak laaa .. Dia dah berak dalam pampers dia .. Tu pasal tak nak sapa sapa bau ! Hahahahha .. Hampehh ..