Kalau tak kerana ada yang pertikaikan perkataan MENCOLOK dengan MENJOLOK ni pasti aku pun terjebak sama kata yang artikal ni salah eja .. heheh..
Maka sebelum nak cari kesalahan orang tu , pekata google untuk mendapatkan jawapannya ..
" Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan".
Ok.. Ada yg kata , swasta tu lagi laa teruk ! Hehehe .. Swasta tu , big boss dia sapa ? Yang keje ngan kerajaan ni , sapa big boss ? Rakyat kan ? Hehehe .. Dan paling penting , bila ditegur begini .. patut ada rasa segan .. dan paling segan patut pada Allah.. heee..
Aku ni bukanlah ulama atau ustaz nak tegur orang bab pakaian ni . Aku rasa si pemakai tu jauh bijak dari aku .. cuma aku nak bagitau la , penjawat awam berjantina lelaki di pejabat tu .. terasa sakit bila tgk semua ni . Sekali dua , boleh tahan. Kalau hari hari ? Tidakkah ini boleh mendatangkan tekanan perasaan pada dia ? Kalau dia dah tak tahan camana ? Wujud kes cabul ? Bila dah jadi gitu , nak salahkan sapa ?
Aku dulu keje kerajaan gak. Kalau ada yang kata mana ada penjawat awam pakai gini , aku kata jangan temberang la.. Aku keje di dua kementerian . Dua pengalaman aku ada .. Dan pergi meeting ke kementerian lain pon ada haaa.. Jangan kata takda.. Ada.. Berbaju kurung sendat .. skrit sendat .. Seluar hingga nampak garis seluar dalam .Baju jarang .. Tu semua untuk apa ? Saja saja nak menampakkan keyakinan diri ? Adehhh ..
Kalau perempuan kerja di kalangan perempuan saja , lain ceritanya. Kalau ada lelaki , berkomunikasi dengan lelaki pulak tu .. camana ? Aku pernah pengalaman pasal ni. Malas nak ingat balik ..
Bila ada manusia bangkitkan isu begini , jangan tuding sana sini . Jangan kata diorg tu lagi teruk . Kita periksa diri kita. Apakah kita melakukan semua itu ? Jika tidak , diam je la .. Tak perlu nak melenting. Orang berkata bukan suka suka nak cari dosa. Pastinya punya sebab ..
Peliknya ada jugak suami biarkan isteri gi kerja dengan pakaian ketat sana sini.. Biar je lelaki lain cuci mata .. huhu . Adeh ..