Mak dia buat sendiri semalam.. Ada bykkk .. Qhaliff je dok ulang makan .. hehehe.. Sedap atau laparkah ? Tgk kat tgn dia tuuu.. tamo bg aku pon !!
Published with Blogger-droid v2.0.10
Mak dia buat sendiri semalam.. Ada bykkk .. Qhaliff je dok ulang makan .. hehehe.. Sedap atau laparkah ? Tgk kat tgn dia tuuu.. tamo bg aku pon !!
Hadiah utamanya ialah , penginapan 3 hari 2 malam di sini , Villa Nabila yg terletak di Johor ! Amacam ? Best tak ?? Best laaaaa … Villa ni dah sangat popular di Malaysia .. takkan tamo koot ??
Lagi pun contestnya tak la susah mana pon .. Suruh buat ayat jer .. iaitu CITA CITA SAYA BILA BESAR NANTI IALAH … ( dalam 100 patah perkataan .. ) . Senang kan ? Haaa ..
Bersedia untuk memenangi contest ini ? Haa.. syarat syaratnya tak susah pon.. senang jer .. Kalau ramai setuju nak join , aku buat niii .. ok ?
Hehehe .. Aku pun kena turut sama menginap kat situ ? Tak pe laa .. aku kasi pemenang je tidur situ. Kena respek pemenang la kannn .. baru adil … hehehe ..
# Gambar villa Nabila ini dari Harian Metro , yang melaporkan hanya seorang saja hilang .. bukan 23 seperti yang kecoh di laman sosial ..
Wahhh .. aku sure sangat laaa kalau bab mistik lagi misteri ini amat digemari dalam negara kita .. kalau tak , takkan Highland Tower tu leh berjuta kutipan kan ?
Ni timbul pulak kes orang ilang sbb masuk dalam Villa Nabila . Bukan sorang ! Dikatakan 23 orang kauuu !! Ini sudah macam gi kat Bermuda Triangle tuuu .. Hilang tau tau muncul kat planet Marikh ! Amik kauuu … Bapak jauhhhh haaa .. Camana la nak balik tuuu ..
Benarkah terjadi kes ni ? Aku pun tak tau laaa antara nak percaya atau tidak. Bukanlah tidak percaya akan menda menda mistik ni tapi selagi takde keluar kat Buletin Utama atau 999 ,aku tak caya punya laaa .. ( kiamat ler kalau keluar ) …
Apakah ini disebabkan terpengaruh dengan filem Highland Tower ? Kalau terpengaruh , tahniah laaa .. Sememangnnya ini adalah kesan positif .. Yelah , dari duduk diam takde apa nak buat , baik gi cari hantu kan ? Jangan biarkan hantu cari kita… haaaa …
Apa pun , kalau benar ada budak hilang .. semoga mereka dapat ditemui semula dalam keadaan sihat .. Dan janganlah buat keja mengarut lagi ..
Kalau takde yang hilang , tahniahlah pada yang sebarkan cerita ni. Tak pasal pasal Villa Nabila nanti ada orang gi buat filem.. Tajuk Cinta untuk Nabila mungkin ? Atau Puaka Villa ? Atau Bourgenvilla ?
Apa pun .. kat Malaysia ni , apa saja yang dah trending , cepat cepat dijadikan filem atau pun .. ramai yang nak parodykan .. Hehehe.. kreatif kan rakyat Malaysia ni ..
Pelik ? Jangan pelik .. Hakikat akibat terlebih gula ..
# Ahaa , terkini dari sumber rasmi mengatakan hanya seorang je yang dilaporkan hilang .. bukan 23 orang ! Hurmmm.. pelik gak.. camana leh jadi 23 orang ???
Sebelum ni dia tidur kat belah aku … Pastu sedar sedar kat belah wife aku lak ..
Bantal semua dah letak sebagai penghalang .. tetap jugak diredahnya.. Ganas sunguhh aihhh .. cam bapak dia gak ! Hahahaha .. Nasib baik takde sapa kena karate dengan dia .. Kalau bapak dia , ada je jadi mangsa .. huhu ..
Ni nasib baik dia sedar dan bangun sendiri untuk betulkan tidurnya tu.. hurmm.. Camana la nak tidur atas katil ..
-iklan-
Selalunya..kalau korang nak beli produk, korang tengok tak orang yang jual produk tu?Contoh..katakan korang nak beli produk kecantikan..Of course korang kena makesure orang yang jual tu cantikkan sebab dr situ die dah buktikan yang produk die tu berkesan !
Sama jugak kalau korang nak beli produk untuk kuruskan badan..dah tentulah korang makesure yang penjual badannya selim melim sebab dari situ pun dah membuktikan yang produk itu juga berkesan. Bukan penjual tu main cakap aje tentang kebaikan/manfaat produk tapi hasilnya tak serupa bikin !
Meh sini tengok PENGALAMAN AKU SENDIRI menggunakan produk Shaklee ni. Tak sungguh aku x kata. Jadi aku buktikan dulu produk ni berkesan untuk aku then barulah aku jual & menjadi pengedar Shaklee yang tegar sebab produknya memang Superb.
Produk Shaklee ni ada SET BAJET & SET PENUH...suka hati koranglah nak beli yang mana. Tapi pengalaman aku sendiri. Disebabkan aku dah x dapat sabar dengan alahan kulit muka aku time pregnant, pendek kata dah xde penyelesaianlah..bile aku jumpe produk Shaklee...aku dah x fikir nak bajet2 dah..aku beli semua asalkan aku PUAS HATI dan Alhamdulillah...it’s work. Memang puas hati sangat2. Barulah aku boleh senyummmmm sebab muka dah cantik..ewaahh..hehe
Okeh x moh banyak citer..
KLIK SINI lah untuk lebih info.
Apa korang nak Tanya boleh Whatsapp aku 019 3190733
Daaaaa....!!
Yang ni dia makan roti gardenia yang ada kismis tu .. Dan menariknya kannnn , ini kali pertama aku tengok dia asingkan kulit tepi dengan isinya tuuu .. hahahaha ..
Serius , aku dulu makan camni .. Mengamuk bapak aku ! Dia yang kena makan kulit tepi roti tu.. haahhaha .. Sori ayahkuuu .. sian diaaa.. hehehe ..
Tak sedap yang tepi ni kan ? Hahahah … Sekarang ni baru la nak makan semua. Maklumlah , sendiri punya duit .. hehehe …
Chef Hanieliza antar mesej kat aku melalui Whatsapp dua tiga hari lepas .. Nak jumpa Qhaliff .. Geram katanya .. lama daaahh .. Bila dah ada berdekatan gini , amat sesuailah untuk berjumpa buat kali ke berapa tah .. hehehe..
Memula tu tak jadi sbb plan nak balik Kelantan tapi wife kata tak jadi sbb dia ada meeting hari selasa nanti .. Maka , plan ‘datingkan’ Qhaliff ngan Kak Liza , diteruskan .. hehehe '
Keluar dari rumah aku , menuju ke Alamanda Putrajaya pada jam 11 .. Saja nak gi awal sbb leh la Kak Liza main jap ngan Qhaliff .. Tapi sayangnya .. sampai kat Alamanda , tercari cari pulak lokasi demo masakan ni ..
Setelah tanya kat bahagian khidmat pelanggan Aeon , barulah jumpa lokasinya. Bila sampai kat tempatnya , dah start pon demo… Jadi , tunggu sampai Kak liza abis kerjanya barulah leh beramah mesra.. heee ..
Memula tu mmg lengang tapi dalam kul 1 petang .. Orang ramai mula memenuhi setiap kerusi yang ada .. heheh .. Dan pastinya , masakan kak liza amat menyelerakan ! Camana aku tau ? Sebab lepas dia masak , semua hadirin berpeluang merasainya.. Serius , sedap wooo !
Antara buku yang ditulis oleh Chef Hanieliza keluran PTS .. Boleh didapati di kedai buku Popular.
Hehehe .. Seperti biasa , Qhaliff tamo kat org yang dia tak kenal .. Memang payah laaa dia nak gi kat orang yang tak kenal .. uhuhuh .. Apa pun , terima kasih pada kak liza sbb sudi ajak jumpa kami .. Nanti jumpa kat Kerteh lak.. heee..
Pastinya anda pon pernah nak komplen gitu kan ? Yelah , letak gambar produk cun dah .. tapi harga takde la pulak nak letak ! Nak kena send private message atau email bagai laaa pulakkk .. Leceh betul laa.. Terus mati nafsu nak membeli .. kan ? Melainkan nak sungguh sungguh laa .. terpaksa pm . kan kan ?
Satu ketika tu , aku mmg tak paham sehinggalah aku cuba berbinis online jual satu produk ni .. Ramai la dok bagi komen dan bertanyakan harga .. Hehehehe .. Best ? Seriusss … aku terus hilangan mood nak berniaga ! Kenapa ?
Bila peniaga letak harga , maka ada la peniaga lain rendahkan sedikit harga atau bagi la hadiah hadiah sampingan memandangkan kita tidak buat cam tu .. Ok je sbb tu kan persaingan sihat tapi dalam sebenarnya boleh membunuh bisnis terutama buat yang baru nak meniaga.. Tak boleh nak bersaing dengan yang dah lama dan punya modal yang banyak ..
Itu ok lagi.. boleh diterima tapi yg tak leh blah ialah komen komen di bahagian status tu ..
“ Perghh .. mahalll laaa … “
“ Eh .. kat page XXXXX tu jual murah lagi … siap … bla bla bla “
“ Saya baru je beli ..tak best ponnnn .. tipu je semua ni .. “
“ Ala barangan buatan china je pun .. baik beli buatan korea atau jepun ! Lagi bermutu walaupun mahal skit ! “
“ Halal ke ? Ada sijil dari KKM tak ? “ .
Macam macam lagi laaa .. Walhal ?? Hurmm ..
Bagi aku la.. peniaga bukan sorok harga tapi ianya cuma satu strategi perniagaan dan pembeli pun berpeluang membuat tawar menawar secara tertutup … mana tau dapat diskaun kan ? Hee.. Dan hanya yg berminat saja akan merajinkan diri untuk bertanya mengenai produk tersebut.. kan kan ?
2 hari katanya .. Huhuh.. 2 hari ? Seharian gi kerja ponnnn , aku dah rindukan keletahnya .. Ni nak 2 hari tanpa tengok dia ? Perghhhh ...
Dia pulak , dah pandai cari aku .. Kalau aku takde ? Mungkin dia nampak relaks je.. Tapi bila dah nampak aku .. .. huhu ..
Bayangkan setiap malam kalau tidur , dah gini .. haaa.. Tapi biasanya tak la gini .. hehe.. Sebab dia qonquer satu tilam terus ! Aku kena tidur luar depan tv .. huhu .. Kalau masuk tidur sekali , confirm berlaku tolak menolak .. hahaha ..
Sebelum aku tonton THOR tadi , ada dua trailer filem melayu akan datang .. Mula mula KISAH PALING GENGSTER .. Hurm .. aku dengan sahabat , Que Achmad .. geleng kepala jer .. Gengster lagi ??? Apa nak jadi ? Bukan tak tau negara kita bermasalah dengan gengster ni .. nak jugak dianggar gengster ni ? Lorr.. iskh ..
Maaf .. terus aku tolak tepi cerita ni. Cari la kelainan skit. Walaupun ada komedi dan sedikit pengajaran ( harapnya ada la .. ) , bagi aku .. hurmm.. tak payah la buat citer gini .. Cuba buat cerita patriotik skit ..
Ok .. Pastu keluar pulak trailer KOLUMPO .. Wahhh.. pelakon pelakon dalam filem ni seperti filem THE EXPENDABLES .. Himpunan para pelakon yang bagus dalam negara kita !
Hurmm .. terus terang.. Aku dan Que , sama sama tak nafikan inilah antara filem yang best utk ditonton dan keluar duit membeli tiket .. Itu baru terpikat dengan trailernya.Kalau full movienya tak tau la camana kan ? Harapnya tak menghampakan nanti laaa ..
Antara pelakonnya ialah Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Nell Ng, Mano Maniam, Emily Poon, Sabri Yunos, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy dan Amirul Ariff. Menariknya filem ini diarahkan oleh 3 pengarah iaitu Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma Abdul Karim
Sedikit info mengenai filem in yang aku amik dari blog WANISTA yang mana filem ini adalah cerita yang berkisarkan tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.
" Seorang imigran India yang baru sahaja tiba di Kuala Lumpur yang datang untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh muflis. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke yang juga seorang mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di Kuala Lumpur.
Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyuk yang ingin mencari rumahnya sepanjang hari.
Di Ampang pula, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri di KLCC yang ketinggalan tren terakhirnya. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal mengubah hidup si jejaka muda ini.
Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal mencuit hati dan menggegar jiwa para penonton. "
Suatu kelainan kan ? Rasanya terbang RM10 + cukai pon ok jer.. Bukan selalu kan ?
Hurmm .. Tak kisah sebenarnya aku kalau parents nak bawak anak anak kecil mereka menonton wayang tapi kena la tau protokol bila berada dalam panggung terutama tayangan dah bermula ..
Hurmm ... Bayangkan cerita best tapi terganggu dengan suara anak kecil bercakap dengan kuat dan parentsnya pula menjawab pertanyaan tersebut. Adehh .. Ok la , kalau tengok OH MY ENGLISH tapi kalau movie yang dibayar untuk menontonnya , wajarkah ??
Aku tak salahkan anak anak kecil tu tapi parents tu yang patut dipersalahkan ! Kalau mereka tak didik anak mereka begitu , rasanya anak kecil mereka tu nak ke buat begitu ?
Aku cadangkan , beli je smart tv dan home teater .. letak kat rumah .. Serius , mmg berbaloi ! Tengok la puas puas.. Cakap la kuat kuat .. ada sapa nak marah ? Tarak punyaaa..
Aku pun nanti nak tengok je kat rumah .. hehehe.. Bila cerita bestttt sangat je baru gi panggung .. heee..
Sebelum ni , mekap bedak skit skit je sblm recording .. Tapi kelmarin , utk satu projek besar ni .. aku dimekapkan sebenarnya. Kira kasi nampak kacak sungguh la.. hahaha.. perasan..
Tp serius , penat woooo..camana la diorg tu leh bermekap berjam jam lamanya ???
Sana sini orang duk cerita pasal Vivix Shaklee ni. Apa bagus sangat ke vivix ni? Nak tau x? Vivix Shaklee ni dah terjual sejuta botol di America. Wow! Sejuta tu...memang hebat !
Al-kisah...aku dah mula jatuh cinta dengan Vivix ni bile satu haritu adik ipar aku call husband aku..die ni ade resdung tahap kronik sejak umur 14 tahun dan sehingga sekarang usianya 21 tahun. Baru2 ni die kena operate, buang ketulan dalam hidung. Ngeri jugak aku dengarkan. Tapi hasilnya sementara aje..lepastu aku yang dah tau Vivix ni baik untuk resdung, kami pun hadiahkanlah Vivix ni kat adik ipar tadi.
Alhamdulillah, dalam seminggu dia konsisten ambil sesudu Vivix sehari, simptom seperti kerap bersin, jerawat & gatal dibahagian kelopak mata dah mula menghilang. Allahuakhbar..amazing kan! Sekarang resdung kroniknya dah hamper sembuh. Takde lagi mak mertua ku ni risau anaknye nak kena operate lagi.
Mahal ke Vivix Shaklee ni? Kalau sebotol korang beli dengan harga RM 380 dan kesihatan 90% bertambah baik instead of korang kena pergi operate bagai..tak ke kena keluar duit ribu riban. So vivix ni sangatlah berbaloi untuk kesihatan kita.
Pssst : Bulan ni PROMO VIVIX tau..baik korang call nombor ni cepat nak daptakan harga PROMO JATUH TERDUDUK ni hubungi 019 3190733. Ni aku listkan TESTIMONI VIVIX yang berkaitan penyakit kronik seperti :
Tunggu apa lagi ? Klik SINI utk keterangan lebih lanjut ..
Wow ... Tergamam jap bila kawan tu kata gitu .. Suruh privatekan saja .. Kenapa ? Apakah aku bercerita untuk mendapatkan undian sms yg tinggi ? Sememangnya aku bercerita untuk mencoretkan segala kenangan aku bersamanya di situ ..
Hurmm.. Di kala aku membesar , aku sering cuba ingat kembali saat saat aku membesar. Ke mana aku pergi. Sapa sepupu sepupu yang rapat dengan aku, apakah ragam aku .. namun takde sapa boleh cerita dengan panjang lebar. Cuma beberapa kenangan saja yang mak ayah aku ceritakan kembali pada aku.
Bila ada blog ni , aku rasa aku bercerita dalam ni bukanlah untuk mendapatkan publisiti dari mana mana pihak. Mana yang datang tu , rezeki bagi kami. Kalau aku nak sangat , pasti aku join contest contest baby dan mintak kawan kawan support tapi takde pon kan ?
Maaflah.. aku takde harta , darjat untuk anak aku warisi . Aku cuma ada blog untuk dia mengenang kembali saat saat dia membesar. Bagaimana bapak dia ni , bangga dengan dia walaupun belum dapat 5A ..
Dan setidak tidaknya bila aku bercerita mengenainya di dalam blog ni , ramai bapa bapa seperti aku akan teruja utk ikut jejak aku bercerita mengenai anak kesayangan mereka di dalam blog. Ianya akan jadi harta tidak ternilai !
Aku bukan terasa dengan komennya tu .. aku faham maksudnya tapi inshaAllah .. aku akan berhenti bila tiba masanya. Aku juga tahu batasannya. Tapi buat masa sekarang , kenangan begini aku takkan lepaskan . Sekurangnya , bila aku bosan dan rindukan dia di kala aku kejauhan , blog ini pengubat hati aku .. dan juga rakan rakan yang dalam keadaan stress.. hehee .. kan ?
Apa pun , terima kasih atas teguran tersebut .. InshaAllah .. satu hari nanti akan diprivatekan .. cita pasal madu lak ..
Penat ...sangat penat hari ni. Bermula dengan dugaan di pagi hari.. Hampir mood terus hancur tetapi alhamdulillah , bila kita sebut je REDHA maka ... kita serahkan segalanya padaNya.
Selesai tugasan hari ni dan buat pertama kalinya aku merasai satu pengalaman baru sejak bergelar blogger ni .. Menarik walaupun rasa cam nak meletup dah diri ni .. hehe.. Sesuatu yang diluar dugaan dan jangkaan ..
Di LRT Cheras .. Turun saja dari lrt , aku terpandang seorang makcik berbangsa melayu berumur kurang upaya ( buta ) bersama seorg perempuan berkulit cerah. Aku ingatkan anaknya sbb cara dia memimpin makcik tu seolah macam mak dan anak . Aku selisih dengannya dan sempat memandang wajah perempuan tu. Tak nampak .. Aku biarkan jer. Cuma timbul rasa sayu di hati jer. Tapi makcik tu , nampak ceria jer.. huhu .. Untung manusia yang punya mata di hati ni ..
Di luar stesen LRT , aku dapat naik teksi. Dan kebetulan mereka berdua tadi , berada berhampiran dengan aku. Aku pandang sekali lagi. Wanita tu berbangsa cina dan muda lagi. Dengan earphone di telinganya , dicabut agar dapat berkomunikasi dengan baik .. Sangat teruja melihat situasi begitu. Nak je amik gambar tapi risau pulak nanti disalaherti. Jadi aku biarkan saja ..
Bila melihat situasi begini , aku pelik .. kenapalah ada pihak dok sibuk melagakan bangsa ? Biar timbul masalah perkauman ? Haihhh .. Jangan gitu. Rakyat Malaysia ni berbilang kaum dan sememangnya bersatu bila ada yang nak merosakkan negara !
Di negara ni .. sama sama makan , sama sama hidup. Buat apa gaduh gaduh kan ?