" Cikgu , Amat nk terberak tuu ..".
" Kamu jgn bg salah maklumat pada saya ! Amat tak ckp apa2 pun pada saya ".
" Dia takut cikgu marah .. ".
“ Kembali ke tempat duduk kamu .. “.
Seminit kemudian...
" Cikgu , saya terberak dlm seluar.. ".
" Ok , maklumat sahih .. Cepat gi tandas !! " .
Ini cuma satu dialog imaginasi aku. Bayangkan segala apa yang kita nak sampaikan selepas kejadian VILLA NABILA tu , ramai takut nak sebarkan text text atau maklumat yang disalin kembali melalui Whatsapp / Facebook dan sebagainya , hanya takut ianya maklumat palsu !
Semalam , aku dapat satu pesanan melalui whatsapp dari komuniti taman perumahan aku. Katanya ada kes samun bersenjata telah berlaku di kawasan berhampiran. Mangsa , dikatakan keluar membuang sampah ke luar rumah kemudian kembali ke dalam rumah. Nak dijadikan cerita , mangsa terlupa nak kunci pintu lalu diserbu masuk oleh dua orang penyamun bersenjata !
Kalau korang , nak percaya ke tak selepas terbaca satu keratan bergambar di Facebook yang mana tindakan undang-undang akan diambil pada mereka yang menyebarkan maklumat palsu ??
Benar , bergantung la pada maklumat kan ? Tapi maklumat bagaimana ? Apakah tunggu disahihkan terlebih dahulu oleh media bertauliah seperti tv dan surat khabar ? Baru ..
“ Oooo.. betullah tuuu .. “ .
Walhal kita pon tahu berita kat tv tu pon ada yang amik isu di Internet je pon … Haaa .. Setelah berjam lamanya baru dapat disahihkan ! Tu pun bukan semua.
Jadi camana ? Macam apa yang aku dapat tu , aku tak sebarkan dah la di FB .. FB aku penuh dengan kata kata cinta je la pasni .. Hurmmm.. Nak salahkan sapa kalau maklumat tak sampai selepas ini ? Tunggu berita ? Kami bukan artis hinggakan nak umum tarikh kawin pon siap masuk tv atau berita gitu haaa ..Mungkin siap dpt slot khas ? Hahahahha … Duniaaa …