Perghhh .. Eh , silap … Alhamdulillah .. Sampai dah rumah dgn selamatnya walaupun .. hurmm…. Syukur.. Aku memandu dalam keadaan tersangat penat ! Terlelap berkali kali hingga aku menampar pipi aku sendiri .. huhu .. Wife dan Qhaliff , terlelap dah .. Tapi bila dengar aku membebel sorang diri , wife terjaga dan temankan aku.
Ok .. itu cerita sewaktu balik tadi.. Tapi sewaktu nak pergi tu yakni semalam ( Sabtu ) .. buat pertama kalinya , aku lalu laluan yang tak pernah aku ikut. Perjudikan nasib. Ikut je GPS ! Huhuhu ..
Alhamdulillah .. sampai ke Sitiawan dengan jayanya ! Dan menariknya , satu tol pon tak aku lalu ! Dan minyak , setengah tangki je guna ..
Laluan apa ? Dari rumah aku iaitu di Sepang ni , aku lalu Banting , menuju ke Kuala Selangor seterusnya amik ke Sabak Bernam dan terus ke Teluk Intan ! Tadaaaaaa .. sampai dah Sitiawan yang berhampiran dengan Lumut ! Perghhh ..
Menariknya kan .. bila lalu laluan lama ni , macam macam boleh dibeli dan makan ! Haaa … Banyak sangat la kedai .. Confirm rambang bijik mata .. tak tau nak singgah kedai mana punya !
Namun begitu .. sila hati hati la yer.. Bila memilih kedai tu , cari yang bersih. Bukan apa , sekarang ni penyakit mudah sangat dah menjangkiti kita ..
Best jugak bila belajar berjimat cermat ni .. hahahaha …