Alhamdulillah .. Dlm tv pon adoooo .. heheeh .. Bukan retis yer.. Tak layokkk kooo.. heee..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Alhamdulillah .. Dlm tv pon adoooo .. heheeh .. Bukan retis yer.. Tak layokkk kooo.. heee..
Haihh.. abis semua gambar kenangan dalam tu.. Qhaliff cungkil semalam la ni .. Memula stylus pen .. pastu memori kad .. Ni dok mengorek lagi tab aku. Kan kena marah ngan daddy dah..
Nangis bercucuran airmata.. Selagi aku tak pujuk , selagi tu dia nangis. Aku amik , dukung.. pujuk .. lena terus ... hurmm..
Memori kad ?? Redha dan reset minda.. Ni rasa mcm mak reformat terus minda aku ni .. huhu..
-iklan-
Pakej khas untuk reader Ben Ashaari saja..
Skirt available untuk saiz S hingga XXXL.
Maklumat lanjut , whatsapp atau mesej hidayah..0123203035.
Atau email hidayah.bach@yahoo.com
Dua hari saja..
Dan yup.. hanya untuk reader ben ashaari sahaja....
Terima kasih.
Hee.. aku pernah cerita kat korang kan ? Mengenai lawatan rakan rakan blogger ke Penjara Kajang baru baru ni untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala sendiri , penjara yang dihuni oleh pesalah pesalah dari pelbagai bangsa dan agama..
Tujuan utama semua ni adalah untuk mendapatkan maklumbalas orang ramai mengenai projek yang ingin dilaksanakan oleh Penjara Malaysia yakni Penjara Sejahtera.
Apa itu Penjara Sejahtera ?
MEMPASTIKAN PENAHANAN YANG SELAMAT DAN MENYEDIAKAN PROGRAM PEMULIHAN YANG EFEKKTIF KEPADA PENGHUNI.
Maksudnya banduan yang ditempatkan ke penjara tertentu , akan dipastikan keselamatan mereka dan mereka juga turut diberikan program pemulihan agar mampu berdaya saing bila tamat tempoh penahanan.
Blogger yang join , dah tengok sendiri antara program yang diberikan pada banduan yang terpilih . Maksudnya banduan yang dipilih perlu berdisiplin dan juga punya pemarkahan yg bagus.
Jadi tugas aku ialah mendapatkan pandangan masyarakat mengenai banduan dan juga program ini andaikata bila mereka dibebaskan nanti , apakah masyarakat akan menerima mereka berbanding sekarang ni , masyarakat memandang sinis terhadap bekas banduan walaupun mereka telah punya kemahiran atau skill dalam bidang tertentu.
Aku ada buat sedikit survey di FACEBOOK .. Ini antara respon rakan rakan :
Saya pernah ada bekas banduan kerja dgn kami
Saya tau dia bekas banduan sebab dia kene buang daerah..x boleh balik kampung dia.. dan kene ada dirumah sebelum pukul 7 malam dan setiap hari kene tandatangan kat balai polis sebelum masuk kerja..
Saya tanya jugaks dia buat apa dulu. . Dia xnak cerita Hihihihihi
Ade 2 orang pernah kerja dgn saya.. pengalaman Alhamdulillah xde apa apa yg berlaku.
Walaupun saya punya pembantu Indonesia 2 orang anak dara..pun dorang x kacau..
Harta benda saya Alhamdulillah pun tiada apa apa yg hilang...
Andai kata anda punya perniagaan ..cam .. hurmm... Kedai kek .. Anda dapat tau salah seorang pekerja anda ,bekas banduan .. dan kes jenayah lampaunya adalah samun bersenjata ..
Apa tindakan anda ?
Ok… Sebab tu perlukan pandangan blogger dan juga rakan rakan pembaca .. Kenapa masyarakat terutama ahli keluarga sendiri sukar benar menerima bekas banduan .. Tiada peluang kedua untuk mereka hingga ada antara mereka pilih jalan untuk kembali ke perbuatan jenayah agar dapat masuk balik dalam penjara..
Dan .. kenapa ada syarikat sukar amik mereka ini bekerja ? Dan aku ada tanya juga .. kenapa kerajaan sendiri tidak gajikan mereka ? Letak di bahagian pertanian , perikanan atau juga mana mana bahagian yang tidak melibatkan keselamatan negara ? Hehehe..
Apa pendapat korang ? Lawatan hari tu diakhiri dengan aku tak nak masuk penjara ! Atau buat jenayah ! Tamo wooo …
Hurmm.. sian dia tapi dia kena belajar riak dan nada suara bapak dia ni .. Mana satu bergurau , mana satu marah .. dan mana satu mengajar ..
Sayang budak sorang ni.. Tapi kena didik dia betul betul. Aku tak nak dia jadi cam aku dulu dan lebih baik dari aku , sekarang ni .. InshaAllah ..
Selepas ‘marah’ dia , aku akan pujuk dia dengan peluk .. cium ubun ubun dia dan nasihatkan dia .. Dia akan tepuk belakang aku berkali kali dan sebut .. “ Ba.. “.
Aku tau dia faham.. Camana dia faham ? Aku test dia berkali kali cam suruh dia pas barang kat mak dia di dapur dan buang sampah ke dalam tong sampah. Alhamdulillah .. Aku rasa dia belajar dari apa yang dia lihat..
Contoh satu lagi.. air kotak .. Hahahaha .. Sebijik dia ikut aku ! Dia tarik keluar straw yang ada dalam plastik , kemudian gigit untuk koyakkan plastik tu ! Hahahahah ..
Mata dia , pantas.. Apa yang aku buat , dia akan tengok.. Dan seperkara lagi .. Apa saja barang yang dia nak , aku amik dan sorok kat mana mana .. dia tau .. dia akan amik balik ketika aku leka ! Hahaha ..
Petang tadi , dia kena marah .. dia kopek slot sim tab dan hilangkan sementara stylus pen .. Saja buat gitu supaya tau yang aku marah dia buat gitu ! Marah pun bukan la sampai naik tangan. Buat gaya dan keraskan suara.. Terpaksa .. kalau tak , dia tau yang aku sayang dan manjakan dia sangat .. Hurmm.. Tamo jadi cam Sazali .. Terlewat.. Ini semua salah ayah !
Wife risau Qhaliff tak cakap elok lagi.. Lor , awal lagi kan ? Tak cecah 2 taun pon. Aku tak risau pun sbb aku yang tengok perkembangan dia . Tau apa dia mampu buat dan tidak ..
Dah nampak bakat nak belajar si Qhaliff ni.. cuma bila aku tengok dia , dia jadi malu .. Kalau aku wat dek , leh la dengar dia sebut huruf huruf dan nombor walaupun baru beberapa cuma. Tak kisah laa dari tak de langsung kaan ?
Sekarang ni kalau mintak tolong dia buangkan sampah pon dia dah boleh buat. Kalau nampak aku angkat baldi berisi pakaian , dia sibuk gak nak mai tolong pastu tolong usung .. Haaa .. tapi tolongnya , tolong bermaknaaa laaa .. hahaahha …
Wah .. Benarkah ? Tapi takde pengesahan dari pihak terbabit .. Agaknya masih dalam perbincangan la yer ? Heee.. harapnya gitu laa .. Sebab kalau naik , naya kat aku ni .. dan ramai lagi kawan kawan yang duduk di pinggiran Kuala Lumpur tetapi bekerja di dalam Kuala Lumpur mahupun Putrajaya !! Huhuh …
Jawabnya , pasni nak ke Cheras … dua minggu sekali ? Perghhh … Nayaaa kat anak cucu nak gi lawat atok nenek gini aih ..
Kang cakap lebih lebih , kata aku kurang bersyukur lak ! Aiyokk .. Atau dikatakan aku macai politk lak ! Pergh.. kena kat batang hidung sendiri , baru tau macai ke cabai !
Nokia kembali mengancam dunia teknologi terutama smartphone ! Heheheh .. Yeke ??? Betul kee ?? Tak rasa laaa mampu gugat smartphone yang lain cam Samsung dan Iphone tuuu .. kan ?
Ok , aku malas nak pertikaikan lain lain smartphone terutama Htc yang pernah menjadi kebanggan aku , satu tika dulu.. Hehehe.. Setelah aku guna Nokia Lumia 925 , aku yakin yang Nokia mampu menjadi pengeluar smartphone yang disegani.
Penggunaaan Windows Phone sebagai sistem operasinya , bagi aku amat mudah dikuasai yang mana selama ini aku lebih selesa dengan Android.
Nokia Lumia 1520 .. antara terbaru keluaran Nokia yang sudah pun berada di pasaran dengan harga mampu milik yakni RM1999 ( diskaun sempena Krismas ) , yang mana sangatlah berpuashati jika menggunakannya.
Aku punya , aku dah kasi pada wife .. hadiah ! Mulanya dia pun tak beberapa minat sbb dah biasa dengan Android. Setelah 2 hari dia guna , nampaknya .. dia tak leh berpisah langsung dengan Lumia 1520 tu ..
Spec dia , korang leh tengok kat SINI .. Kalau tanya aku apa yang best ? Huhuhu .. semua best ! Rasa macam nak mintak balik jeeer ! Buruk siku pun buruk siku laaa ! Hahahha .. Takpe .. tunggu ada rezeki lebih , aku nak beli satu lagi .. hehehe ..
Layan Whatsapp , mmg best .. laju , mudah dan selesa je taip guna skrin besar gitu .. huhu ..
-iklan-
Buku Islamik Santai sesuai untuk remaja dan dewasa.
Boleh dibeli secara pos daripada penulis – RM19.90 sebuah:
Sms 019-6745742 atau pm facebook “Nasiroh Omar” atau pm fanpage “A Priceless Princess”
Hurm.. Sanggup anda makan kotak utk alas perut ? Pastinya akan ada yang kata ‘ tu kat sana .. sapa suruh berperang .. ‘ atau ada yang akan kata .. ‘ Ni Malaysia pon ada yang tak reti bersyukur.. ‘.. kan ?
Sebelum nak kata gitu .. Tolonglah guna otak yer ?
Hurm.. Sesusah kita , kita masih mampu makan sehari sekali. Apa kata ada rezeki skit , sedekahkan pada saudara seagama kita di sana .. Dari dok membazir makan sedap tapi tak abis , kan ? Ni semua akan dihitung di akhirat kelak .. Hurmm ..