Tiga serangkai .. Mata , handphone dan kereta .. sekali gus .. Perghh .. Ujian Allah ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tiga serangkai .. Mata , handphone dan kereta .. sekali gus .. Perghh .. Ujian Allah ...
Haihhh .. ni la diaaa .. Kekadang geram gak dengan orang yang tak baca betul betul di entri blog pastu nak komen di FB ! Perghh.. Adoiyai… Nak marah , kata tak sayang lak .. Tak marah , kita lak pendam rasa.. Sabar , sabar.. Reset minda ..
Sat…10, 9 .. 2,1.. 0 .. Ok .. tenang dah ! Tolonglah yer .. Janganlah ingat aku , laki bini ni buta info .. Mungkin ada yang kitorang tak tau tapi tak la sampai tahap dungu gitu ..
Hurmm.. Aku tulis entri di blog .. Bukan di FB.. Jadi baca di blog . Jangan baca ringkasan di FB.. Tak abis cerita kat situ. Jangan komen kat situ gak .. Komen kat blog tu haa , kalau nak komen sangat ..
Haihhh… Penat je tulis panjang panjang.. tak jugak dibacanya .. Pastu nak komen yg takde kena mengena .. Iskh…
Dalam sakit mata , ligat jugak dia ni .. Puas jugak laaa dok kemas umah. Ni pon baru je abis mop umah.. Tak sampai 5 minit , bersepah balik ..
Wife masak maggie ketam lak .. Sedap baunya.. Hehehehe .. Tapiiii .. tapiii ..
Tapi aku rasa pelik kat mata aku.. Aku rasa macam aku pun dah kena jeer ! Aku tengok cermin .. Confirm.. dua dua belah mata ! Adeh.. Aku letak air zam zam . Esok je gi klinik .. Orang kata titis dengan air susu ibu .. hee.. Nanti je la aku titis. Kena tengok stok ada lagi ke tak .. huuu..
Dan juga tak leh makan seafood ? Nanti gatal mata ? hurmm ..Masa utk berehat.. Perut pon rasa tak sedap. Cam masuk angin je.. Dah tua dah ni ..
Dah jumpa doktor dah .. Sian dia .. Kata doktor , dia berjangkit dengan orang lain .. Ada dia tanya beberapa soalan yang mana aku tahu jawapan lalu menjawabnya..
Dan seperti kali pertama , tiap kali aku memberi jawapan , doktor wanita yang baik hati seolah tidak mendengar jawapan dari aku dan terus bersoal jawab dengan wife .. Pandang aku pon tidak .. Haihhh ..
Nakkkk je aku menyampuk dan kata ..
“ Doktor, saya yang jaga anak saya ni dari pagi hingga ke petang .. Jadi sayalah yang tau sangat apa yang berlaku padanya .. “ .
Tapi sangatlah kurang ajar jika aku buat gitu .. kan ? Aku reset minda dan berfikiran positif.. Aku rasa mungkin doktor ni segan nak bercakap dengan laki orang di depan isterinya kot ? Atau mmg dia seorang penyegan walaupun dah agak berusia. Baguslah gitu . Jarang nak jumpa wanita gini ..
Asalkan dia beri dan rawat anak aku elok elok dah la kan ? Soal hati aku tu , kecik je pon. Pandai la aku pujuk hati ni .. Hehehehe ..
Dalam hati ada taman ? Mesti laaa .. Kalau tak , blog ni lama dah penuh dengan caci maki .. kan ?
Sepupu dia kat Cheras pon kena gak.. Adik beradik .. Best part , mak aku pun kena .. Huhu..siaaann .. Ni nk gi klinik Maria kat Alamanda utk dptkan ubat dan khidmat nasihat ..
Scan baby pon mcm ok gak kan ? Heeee..
Bila bos kurangkan gaji pekerjanya , pekerjanya kena positif .. Kurangkan perbelanjaan keluarganya .. kalau dulu pakai honda, tukar ke proton saga.. Kalau dulu makan ikan bawal , sekarang makan ikan bilis .. Kalau tak nak , kena cari keje lain . Ok , kita faham tu dia punya company ..
Tapi kalau negara ini .. apakah perlu kita tukar warganegara ? Kalau rakyat turunkan taraf hidup , apa pulak tindakan pemimpin ? Ada yg kata segalanya bermula dari individu yakni rakyat , pemimpin terusan bermewahan berbelanja .. camana pulak ?
Aku yakin rakyat dah buat mcm mcm utk kurangkan perbelanjaan cam aku contohnya.. dulu , tiap minggu bercuti sana sini .. tp sekarang sebulan sekali pon dah kena pk panjang.. Tu belum part makan lagi .. Pakaian ? Memang dah potong sana sini .. Kegiatan sosial lagi ..
Pasni nak potong apa lagi ? Hurmm .. Kalau kerana ekonomi dunia kita jadi gini , boleh laa tpi ni kerana org bijak pandai yg buat hutang hingga nak diisytiharkan bankrupt , rakyat jadi mangsa ?
Penat la nak keja gila gila setiap hari utk bayar hutang .. Nak buat simpanan pon belum tentu dpt ..
Status dari Dr.Maza yang menarik minat aku dan ribuan lagi rakan rakan berkongsi di timeline Facebook masing masing ..
" ..tokoh-tokoh yang hanya berani mengkritik rakyat yang daif tapi mendiamkan diri atas kesalahan pemerintah yang mempunyai kuasa, merupakan tokoh yang mendahulukan kepentingan dirinya dari kemaslahatan awam..tokoh-tokoh yang hanya berani menyuruh rakyat bawahan bersabar, bersyukur dan berjimat semasa keadaan kehidupan rakyat mendesak tapi tiada keberanian mengkritik pembaziran, salah urus, tidak menepati janji yang berlaku di pihak yang berkuasa tidak layak untuk diangkat sebagai tokoh yang dihormati rakyat kerana mereka berjuang untuk kepentingan dan kesenangan sendiri bukan untuk kepentingan awam..." .
Dengarnya pasni mungkin motosikal pulak dikenakan tol .. eh ? Heee.. Nasib badan ..
Kalau gi salun yang mahal , kasi akak cun gunting pon dia jerit .. Aku ? Aku penah gak try nak gunting di kala dia leka bermain air di dalam tandas. Plan nak gunting skit belah belakang .. Aku baru pegang gunting , dia dah plan nak lari keluar dari tandas ! Camana tu ? Time tido ? Hurmm… Bahaya gak.. buas tidur ..
Dah berlipat rambut belakang dia .. Kang ada pulak kata aku tak nak gunting rambut anak walhal anak yang tak nak. Kacak katanya kelihatan gitu .. uhuuh …
Wife perasan tadi masa di pasar malam . Katanya mata Qhaliff keluar tahi mata dan mula merah .. Hurmm ..
Aku tengok … hurm.. makin sepet mata dia .. Aku suruh titiskan air susu ibu pada mata yg merah tu. Dan dia google , jumpa tips lain.. guna air zam zam..
Tak kisah laa .. asal sembuh dah. Tidur awal dia malam ni . Mengantuk semacam jer dia . Hurmm..
Dok belasah main tab aku .. Nasib baik la tak sihat.. huhu.. Sian diaa.
Nak jengah 2 tahun dah .. Berpeluh daddy setiap ari dok tgk gelagat dia .. Melompat dari atas sofa la... panjat meja makan laa.. Kalau tgk dia masa kecik dulu , tak sangka gini punya deraan utk daddy dia .. huhuuu..
Dia dgr azan kat tv.. dan ikut .. Siap sujud tu terkumat kamit mulutnya .. huhu..
Arghhhhhhhhhhhh … Kalau datang aktif dia , aku kena reset minda aku cepat cepat atau minda aku boleh crash atau hang . Terasa kekadang minda aku kena hack je dengan si Qhaliff ni ! Hahahah .. Bisa gile gueee ..
Tapi kalau ada job yang memerlukan aku tinggalkan dia , sehari dua .. Ohhh .. tak sanggup aku weh ! Biar la aku reset minda setiap 5 minit dari merindui keletah dia .. huhu
Alhamdulillah .. Dlm tv pon adoooo .. heheeh .. Bukan retis yer.. Tak layokkk kooo.. heee..
Haihh.. abis semua gambar kenangan dalam tu.. Qhaliff cungkil semalam la ni .. Memula stylus pen .. pastu memori kad .. Ni dok mengorek lagi tab aku. Kan kena marah ngan daddy dah..
Nangis bercucuran airmata.. Selagi aku tak pujuk , selagi tu dia nangis. Aku amik , dukung.. pujuk .. lena terus ... hurmm..
Memori kad ?? Redha dan reset minda.. Ni rasa mcm mak reformat terus minda aku ni .. huhu..
-iklan-
Pakej khas untuk reader Ben Ashaari saja..
Skirt available untuk saiz S hingga XXXL.
Maklumat lanjut , whatsapp atau mesej hidayah..0123203035.
Atau email hidayah.bach@yahoo.com
Dua hari saja..
Dan yup.. hanya untuk reader ben ashaari sahaja....
Terima kasih.
Hee.. aku pernah cerita kat korang kan ? Mengenai lawatan rakan rakan blogger ke Penjara Kajang baru baru ni untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala sendiri , penjara yang dihuni oleh pesalah pesalah dari pelbagai bangsa dan agama..
Tujuan utama semua ni adalah untuk mendapatkan maklumbalas orang ramai mengenai projek yang ingin dilaksanakan oleh Penjara Malaysia yakni Penjara Sejahtera.
Apa itu Penjara Sejahtera ?
MEMPASTIKAN PENAHANAN YANG SELAMAT DAN MENYEDIAKAN PROGRAM PEMULIHAN YANG EFEKKTIF KEPADA PENGHUNI.
Maksudnya banduan yang ditempatkan ke penjara tertentu , akan dipastikan keselamatan mereka dan mereka juga turut diberikan program pemulihan agar mampu berdaya saing bila tamat tempoh penahanan.
Blogger yang join , dah tengok sendiri antara program yang diberikan pada banduan yang terpilih . Maksudnya banduan yang dipilih perlu berdisiplin dan juga punya pemarkahan yg bagus.
Jadi tugas aku ialah mendapatkan pandangan masyarakat mengenai banduan dan juga program ini andaikata bila mereka dibebaskan nanti , apakah masyarakat akan menerima mereka berbanding sekarang ni , masyarakat memandang sinis terhadap bekas banduan walaupun mereka telah punya kemahiran atau skill dalam bidang tertentu.
Aku ada buat sedikit survey di FACEBOOK .. Ini antara respon rakan rakan :
Saya pernah ada bekas banduan kerja dgn kami
Saya tau dia bekas banduan sebab dia kene buang daerah..x boleh balik kampung dia.. dan kene ada dirumah sebelum pukul 7 malam dan setiap hari kene tandatangan kat balai polis sebelum masuk kerja..
Saya tanya jugaks dia buat apa dulu. . Dia xnak cerita Hihihihihi
Ade 2 orang pernah kerja dgn saya.. pengalaman Alhamdulillah xde apa apa yg berlaku.
Walaupun saya punya pembantu Indonesia 2 orang anak dara..pun dorang x kacau..
Harta benda saya Alhamdulillah pun tiada apa apa yg hilang...
Andai kata anda punya perniagaan ..cam .. hurmm... Kedai kek .. Anda dapat tau salah seorang pekerja anda ,bekas banduan .. dan kes jenayah lampaunya adalah samun bersenjata ..
Apa tindakan anda ?
Ok… Sebab tu perlukan pandangan blogger dan juga rakan rakan pembaca .. Kenapa masyarakat terutama ahli keluarga sendiri sukar benar menerima bekas banduan .. Tiada peluang kedua untuk mereka hingga ada antara mereka pilih jalan untuk kembali ke perbuatan jenayah agar dapat masuk balik dalam penjara..
Dan .. kenapa ada syarikat sukar amik mereka ini bekerja ? Dan aku ada tanya juga .. kenapa kerajaan sendiri tidak gajikan mereka ? Letak di bahagian pertanian , perikanan atau juga mana mana bahagian yang tidak melibatkan keselamatan negara ? Hehehe..
Apa pendapat korang ? Lawatan hari tu diakhiri dengan aku tak nak masuk penjara ! Atau buat jenayah ! Tamo wooo …