Aku pandang Qhaliff ..Hela nafas panjang. Syukur aku jaga dia sendiri walaupun ada juga berlaku beberapa kemalangan yang tak diduga seperti jatuh katil , tangga dan beberapa lagi ..
Pasni kena jaga adik dia lak.. Dua sekali.. Perghh.. Kalau nak kata mampukah , ada ibu boleh siap jaga berbelas anak lagi ! Hurmm..
Kelebihan aku ialah , tindakan pantas selepas itu. Tak perlu tunggu ‘parents’ balik untuk bawa ke klinik atau sebagainya. Hurmm.. Tak mudah jaga budak ni. Tak leh nak ikut 24 jam. Kalau ikut , tak jadi kerja kita pulak.. hurm..
Aku memahami sangat perasaan parents yang terpaksa antar anak mereka ke pengasuh atau Taska. Awal pagi lagi , kena kejar masa.. Yelah , kalau kena Taska .. pastu nak gi kerja .. Hurmm… Bukan mudah woo terutama yang kerja swasta. Kena bos tegas , asal merah je kena marah. Silap silap leh kena buang kerja. Hurm..
Pagi ni , dikejutkan dengan dua berita menyayat hati. Apa yang berlaku sebenarnya , hanya Allah saja mengetahuinya. Kita , kena amik iktibar. Kena tau mana yang perlu didahulukan .. Kena fikir panjang setiap tindak tanduk.
Dan.. hati hati la yer. Mencegah lebih baik …