Ngantuk dan lapar padahal dah makan dah sebelum tu tapi disebabkan dia aktif pelik malam ni .. Abis sofa semua jadi bahan lompatan dia , maka …. kasi dia makan ! Kalau tak dia akan berjaga belah malam dan menangis .. Tak lena tidur ..
Mesti ada yang tanya kenapa laa dok pakai diapers je kat rumah ? Sbbnya dia nak makaann.. Kalau pakai seluar , confirm kotor dek kerana air milo yang bakal dia cecah sama roti tu haa . Kena jimat air dan elektri woo skang ni..
Selesai makan .. Baru dia nampak mengantuk sangat .. Kasi susu sebotol , baringkan dia dan … Tinggallah aku seorang diri di depan tv… Layan cerita tah hapa hapa kat Astro ni .. Membazir je.. haih..
Tak lama lagi akan cecah 2 tahun.. Bulan April .. Alhamdulillah , ada otai kek sudi nak kasi hadiah kek khas untuknya. Aku tak cadang nak buat majlis pon. Memadai dengan keluarga terdekat je .. buat makan makan ..