Pening ar… Pening dengan mereka yang tak habis habis duk keluarkan pelbagai kenyataan seolah olah mereka sendiri sedang berada dalam kapal terbang itu atau adik beradik mereka di dalam pesawat.. Kalau ada , aku pasti mereka memilih untuk mendiamkan diri dari mengeruhkan lagi suasana .. kan ?
Tak boleh ke duduk diam ? Dengar dan berdoa agar isu ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera dan yang paling penting , MH370 ditemui .. tak kira bagaimana keadaannya.. Pastinya , kita dah redha apa jua berita yang bakal kita terima ..
Buat para bijak pandai tak bertauliah ni , terutama dok kejar trafik ni .. henti henti la dok buat keja mengarut .. Trafik dosa je dok dapat haaa.. Penat kat akhirat nanti .. Tulislah sesuatu yang bermanfaat dari dok memanjangkan spekulasi tu .. Kalau benar sekali pon , biarlah terjawab dengan sendirinya .. Allah kan ada ..