Tertonton.. tertonton yer .. hehehe .. Sebab tajuk entri dia menarik minat aku apa yang membuatkan manusia tu sanggup mengamuk hanya kerana keretanya dilanggar !
Hurmmm.. Video yang menunjukkan seorang perempuan bertudung, dikatakan di Kuantan telah mengamuk kerana keretanya dilanggar dari belakang.
Perempuan tu keluar dengan memegang stering lock ! Dan marah marah ! Perghh.. kesilapan besar wooii !! Ko keluar dengan stering lock pastu gi amuk dekat pemandu yang terlanggar bontot kereta ko ? Perghhh .. Ko boleh naik turun mahkamah bertahun ok !! Berdoalah agar pemandu tu tak buat report diancam .. Haaaa..
Kereta je pon.. Kalau mampu beli kereta mahal , pastinya dah bersedia untuk sebarang kemungkinan ! Takkan mampu beli tapi repair andai kata kemalangan atau rosak , tak mampu nak bayar ? Iskhhh…
Satu nasihat.. Bila eksiden , cuba settle baik baik.. Tak boleh settle , jom gi balai polis ! Jangan nak tunjuk samseng ! Tak berbaloi ok ! Biar menyesal sedikit dari menyesal banyakkkkkkk !!
Bersyukurlah .. hanya kereta je tercalar .. Sekurangnya , tidak melibatkan sebarang nyawa terutama nyawa sendiri !