Berpeluh jugak aku sebenarnya bila dapat tahu aku antara Duta untuk kempen Titian Serasa Ramadhan yang dianjurkan oleh Yeo’s Malaysia ni ! Sebuah syarikat besar dan terkenal , mengambil aku ..seorang blogger biasa biasa jer menjadi salah seorang wakil mereka bagi kempen masyarakat ! Perghh.. terharu aku sebenarnya ! Bangga juga sbb blogger dipandang tinggi ! Tercapai cita cita aku untuk menaikkan nama blogger di syarikat besar ! Bukan selebriti je mampu yer ! Terima kasih Yeo’s Malaysia .
Hari Sabtu lepas .. 12/7/2014 adalah detik bersejarah bagi aku. Pertama kali aku melibatkan secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan ni atas nama blogger !
Turut sama dalam kempen ni , rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Kebetulan pada hari yg sama , ada beberapa rakan blogger lagi dari Kelab Blogger Ben Ashaari juga turut terlibat dengan kempen bersama anak yatim. Satu aktiviti yang mulia , dilakukan mereka ! Tahniah .
Berkumpul di SACC , Shah Alam .. semua sukarelawan mendaftarkan diri dan bersuai kenal ! Memang mereka semua ni sporting abis laaa .. Aku je lambat nak panas ! Cuak beb !! Aku lom tahu peranan aku kat sini .. hahahaha ..
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sementara menunggu masa untuk ke rumah anak yatim .. Para sukarelawan dipecahkan kepada 4 pasukan. Setiap pasukan pergi ke tempat yang berbeza ..
Aku ? Hehehe.. Bersama hampir 20 orang sukarelawan ke Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim di Kapar, Selangor dalam jam 12 tenghari ..
Hurmm ..
Sewaktu memasuki kawasan ni , aku rasa lain macam sangat.. Menarik nafas dalam dalam.. Tengok kawasan persekitaran.. Hurmm.. Rasa mcm.. hurm… Nak je aku ajak rakan rakan yang ada di FB ni , turun gi bersihkan kawasan ni.. Bukannya tak terurus tapi perlu lebih perhatian.. Seperti longkang yang tersumbat.. mampu menjemput nyamuk aedes .. dan banyak lagi !
Sayangnya , kitorang kat sini cuma ada 2 jam saja untuk melakukan kerja kerja yang dah diaturkan .. Antaranya , bersihkan asrama putera dan puteri. Hurm…
Kalau aku nak cerita satu demi satu apa yang aku buat kat sini , confirm berjela entri aku ni .. huhu .. Maka aku ringkaskan la yer ? Hehee..
Antara kenangan manis aku disini ialah , memberikan duit raya pada anak anak yatim kat sini. Aku tak jangka langsung yang aku akan ditugaskan memberi wang raya pada anak yatim ni disamping CEO Yeo’s Malaysia yang sangat merendah diri ni ! Bangga weh ! Heehehe.. Bukan bangga rasa teruja tapi bangga rasa terharu ! Haaa..
Selain tu , bergusti lengan dengan anak yatim di sini .. Terhibur aku ! Hampir aku buat perangai gila gila kat sini dengan mereka. Tapi aku kawal.. hehehe..
Rakan blogger yang turut sama ikut ke sini , Melastik Bintang ada menceritakan pengalaman dia ke rumah anak yatim .. Menurutnya , rumah anak yatim ni kira beruntung lagi la dengan adanya asrama yang masih bersih dan terurus ni.. Rumah anak yatim yang dia pergi tu , jauh lebih menyedihkan ! Hurmm..
Dalam jam 4 petang , kami semua beransur pulang.. Sebelum tu , aku sempat berbual dengan pengetua .. Saja nak korek pengalaman orang .. Berharga tuuuu !! Aku tak mungkin dapat buat seperti dia buat ! Sungguh berjasa ! Semoga Allah berkati usahanya ..
Alhamdulillah.. Dalam jam 5 petang tu, kami semua .. para sukarelawan selamat tiba di SACC .. masing masing ceria je muka walaupun kepenatan ! Yang penting , misi Titian Serasa Ramadhan Yeo’s telah terlaksana dengan jayanya !
Ada satu lagi misi yang ingin aku laksanakan bersama rakan rakan blogger nanti.. InshaAllah !
Tahniah buat semua rakan rakan dan juga Yeo’s Malaysia ! Jangan lupa jemput lagi tahun depan .. heeee..