Hurm.. Nampak biasa je kan ? Tajuk biasa .. Ceritanya pasti biasa .. Tapi sebenarnya inilah kenangan yang ada andai inilah Aidilfitri terakhir aku.. Mana tau , tahun depan … hurmm.. Ianya realiti yang perlu kita tahu.. dan terima !
Alhamdulillah .. Tamat sudah raya pertama. Ramai tak sabar menanti dan ianya telah pun berlalu pergi. Camana ? Seronok ? Hurmm… Aku ? Pastinya beraya bersama keluarga tercinta , membahagiakan aku. Tapi bila dengar berita dari mak aku mengenai ayah aku , aku jadi sayu.. Sian kat dia .. Hurmm..
Di sini , awal pagi.. Seperti umat Islam yang lain , solat sunat Aidilfitri pasti akan ditunaikan… tak kira la di masjid mahupun surau.. Janji kasi hadir ! Heee..
Selepas tu ? Apa lagi.. Kali ni , sesi bergambar jangan dilepaskan ! Ianya wajib ! Sebab kita tak tau apa jadi pada masa hadapan . Sekurangnya , kita dah ada kenangan untuk mereka andai kita pergi dulu .. Huhuh..
Terima kasih Hijrah Couture atas tajaan baju raya yang amat sesuai untuk keluarga aku.
Sayangnya , untuk raya pertama ni .. aku tak dapat gi mana mana lagi sebab ramai tetamu berpusu pusu datang ke rumah .. Qhaliff seronok laa.. Ramai kawan ..
Zahra ? Hurmm… dia dgn aktiviti dia la ..
Diikuti Qhaliff tidak lama kemudian.. Hahahaha ..
Tapi tak lama laaa.. Pakat sedar ramai ramai .. Dan aku kembali berpeluh ditambah dengan cuaca yang panas pelik.. Alhamdulillah , petang hujan lebat sangat.. Legaaaa ..
Esok , baru nak keluar beraya .. Huhuhuh…