Pukul 8 pagi , selepas wife mandikan dia.. Aku tidurkan Zahra semula. Pastikan dia dah menyusu terlebih dahulu dan layan ABC kat tv.. Feveret dia ! Cerita lain , dia tak layan. Camana aku tau ? mudah jer.. Bila ABC , dia tumpu pada tv.. Aku tukar cerita lain.. dia mula mengesot mencari menda nak bermain !! Hahahaha…
Dia akan tidur sehingga jam 12 tengahari gitu.. Lenaaaa ! Pastu akan jaga.. Aku tukar diapers dia. Main main ngan dia .. biarkan dia bermain sendirian pastu pasang ABC lagi..
Bila dia mula nak teriak .. tu tanda dia nak susu .. Aku akan bagi susu yang wife dah sediakan di dalam botol Tommee Tippee bertangkai bagi memudahkan dia pegang.. Saja nak ajar dia pegang. Nanti nak travel dengan dia , mudah dah..
Tak banyak dia nak minum tapi sekurangnya ada la.. Sian pulak nak biarkan dia kelaparan dan dahaga atau kesian kat wife asyik nak kena lari balik jer.. Minyak pon dah mahal skang ni.. Huhuh..
Dia nak gak pegang sendiri tapi masa nak sua ke mulut tu , kita kena tolong la. Bukan dia reti dah.. Baru 5 bulan je pon.. kan ? Hehehehe.. Usaha tangga kejayaan !
Botol ni boleh didapati di mana mana butik Mothercare..