Sekarang aku pakai SONY XPERIA Z2.. SONY XPERIA Z3 dah berada dipasaran ! Makin best ! Kualiti gambar makin gempak ! Kelajuan untuk melayari internet pon makin ada ummph ! Begitu juga jenama jenama lain.. berlumba lumba mengeluarkan siri terkini..bersaing antara satu sama lain dan membuatkan pengguna seperti aku terpilih pilih mana satu yang mampu memuaskan hati untuk jangka masa panjang !
Tapi bila mengenangkan penggunaan internet di negara ni yang menggunakan sistem berkuota , membuatkan nafsu nak tukar handphone baru ..terus mati ! Lebur !! Hurmm.. Handphone laju tapi internet takde ? Tungga ada ‘ WiFi Free ‘ baru guna ??
Setakat ni , kalau nak guna internet unlimited atau tanpa batasan , boleh guna Unifi atau mana mana operator jalur lebar yang hanya di kawasan kediaman , kedai atau pejabat ! Untuk mereka yang travel atau bergerak sana sini , tiada unlimited !
Pengguna internet di Malaysia seolah tidak diberi pilihan.. Nak guna internet , langgan ikut kuota ! Yang tawar murah tapi signal mcm guna arial tv zaman tv hitam putih ! Jap ada jap takde.. Jap ada .. terus takde ! Haihhh !!
Apa salahnya letakkan je satu harga pastu unlimited jer ! Berapa banyak sangat la dapat nak guna semua tu ?? Rugi ? Yang rugi tu biasanya servis ke laut ! Cuba servis bagus .. mahal sikit pastu unlimited.. Amik contoh cam Unifi dah la.. Orang lainggan sbb unlimited ! Baik amik pengguna setia dari dok tak abis abis bersaing dan buang duit untuk buat berlumba keluarkan iklan .. sapa lagi murah walhal pengguna dah tau dah.. mana ok dan mana tidak !
Harap handphone je canggih tapi guna wifi free ! Huh…