Penat camana pun.. stress camana pun , dia tetap buat kerja dia kan ? Walaupun ada yang bukan dalam tanggungjawabnya , si isteri tetap buat tanpa banyak cerita.. Yang banyak cerita tu , kenalah belajar ikhlas !
Dan suami , sila jangan amik kesempatan ! Si isteri buat kerja , awak gi lepak kedai mamak dengan kawan kawan ! Kononnya dah tanggungjawab isteri di rumah.. Tanggungjawab suami melepak di kedai mamak kah ? Apasal tak nikah je ngan mamak tu ? Senang kan ?
Hurm… sebelum bernikah .. beria bercinta.. Pelbagai janji setia diberi.. Kenapa dah dah jadi hak milik , tak nak pulak jaga ? Dulu tak bagi tangan isteri kasar .. sekarang kalau boleh biar je jadi cam jalan tar ! Tak kisah !!
Sama sama bina rumahtangga.. sama sama hiasi dan jaga.. kan ?