Pemakanan di zaman ni memang banyak yang boleh mengundang malapetaka pada tubuh badan terutama yang segera dan pantas serta yang di dalam tin ! Hurmm..
Antara kesannya ialah peningkatan berat badan. Ada banyak cara nak turunkan berat badan. Ada pelbagai pilihan .. seperti rutin berdiet , bersenam dengan cara yang betul atau gabungan kedua duanya !
Tak lama lagi akan dipasarkan sebuah buku kesihatan yang aku sendiri akan review. Apakah ianya bagus atau berkesan ? Hurmm.. aku nak try dulu la memandangkan aku sendiri nak turunkan berat badan dan kembalikan semula badan sado ! Hehehe.. Sejak jaga Zahra , tak terurus badan dah..
Aku suka cara berdiet dan bersenam sebenarnya. Biar seimbang dan badan pun lebih banyak tenaga dan tak mudah mengah.. Hehehe.. Takat nampak kurus tapi tak fit pun masalah kan ? Biar dua dua ada..
Apa apa nanti , aku cerita ehh…