Di IoI City Mall , Putrajaya.. Nak makan pagi dan tengahari sekali gus ! Hehe.. Mula mula nak masuk Black Canyon.. Tengok harga , pergh.. leh tahann…
Bila tanya , dengan sombong laaa penyelia berbangsa melayu ni menjawab ! Kalau nak report , diorang sedia diambil tindakan.. Hehehe.. Tu dia.. Ok la kan ? Aku malas nak kata lebih.. Pastu siap kata ni semua Facebook punya pasal la..
Sewaktu tengok pada penyata yang diberi ada awal, memang tak takde GST id.. Aku tanya , dia kata selepas bayar baru pada bil .. Hurmmm..
Ok la.. bayar je la.. Malas nak bertekak ! Kalau sah takde , buat report je laa… Pastu boikot sampai mati restoran penipu ni .. !
Sebagai rujukan korang , bandingkan dengan gambarajah rasmi bil yang menunjukkan sepatutnya di mana letakkan GST Id.. Hurmm..
Takde kan ? Sah takde kan ? Apa lagi ? Jom report ke Kastam aaa ! Kalau bab GST ni , rujuk Kastam. Kenaikkan harga barang , rujuk KpnKK yer.. Jangan semua gi bantai kat Kastam atau KpnKK.. hahaha..
Ada kawan bertanya , sejauh mana berkesan ? Aku tak pasti la tapi yang pasti , kita buat tanggunggawab kita sebagai pengguna.. kan ?
Ok.. aku nak boikot terus Johnny’s pasni ! Secret Recipe dah aku boikot pon ! Haaa….