Ok…. gi makan kat Kenny Roger’s .. Kena GST , kauuu ! Perghhh… Tak pe.. tak peee ! Aku tak nampak tang mana murahnya berbanding cukai cukai yang dikenakan sebelum ni .. Kata mereka bila GST diperkenalkan, harga jadi lebih murah ? Rasanya bukan part ni la kan ? Hurmm ..
Bayar je la.. Demi kemajuan negara kata mereka ! Aku takde pilihan ! Kalau tak maju gak , maka aku antara yang teraniaya la ! Kan ? Hurmm..
Singgah stesen Shell.. Beli chewing gum.. Nak wangikan mulut.. hehehe.. Maklumlah , ada meeting.. kena jaga bau mulut.. Tertera di label , RM1… Ok la.. Masih mampu beli !
Masa bayar.. RM1.05 ! Haiyaaaaa…Aku bagi 10 sen ! Baki simpan je la .. Rakyat Malaysia memang kaya raya ! Sebab tu ramai rakyat Malaysia dah beli kapal terbang persendirian dan bershopping luar negara ! Dalam negara , kasi kat pendatang asing je shopping .. Kan ?
Terima kasih kerajaan kerana membantu mengurangkan beban dan memodenkan negara kita sejajar dengan seruan mantan PM yang nakkan pada tahun 2020 nanti , negara kita dah capai taraf negara moden ! Contoh kemodenan.. nasi lemak dalam bentuk kapsul dan tiada lagi kereta mengeluarkan asap hitam pekat tiada lagi rakyat yang berumah beratapkan bulan dan mentari ..