Memula gini ..
Kemudian gini ..
Walhal ..
Akhirnya.. menteri dan Adun tak perlu lagi ikat perut manakala rakyat diseru masak je kat rumah atau berjimat cermat ?
Camni kalu , baik lantik student IPT je jadi Menteri !
Memula gini ..
Kemudian gini ..
Walhal ..
Akhirnya.. menteri dan Adun tak perlu lagi ikat perut manakala rakyat diseru masak je kat rumah atau berjimat cermat ?
Camni kalu , baik lantik student IPT je jadi Menteri !
Wife punya idea.. Beli je voucher dekat Groupon ! Semalam dia ajak makan kat Fish Manhattan , Alamanda Putrajaya. Voucher dia beli cuma RM54 untuk set makanan berharga RM100++ ! Jimat banyak dah kan ? Cuma kalau nak menda lain tu , tambah lain la kat sana..
Bagi aku yang suka makan kat Fish Manhattan ni , harga ni amat berpatutan ! Sebelum ni memang bayar lebih dari RM70 ! Dan semalam , baru bayar RM54 ! Tak ke tu menjimatkan ?
Dah kena bijak berbelanja sekarang ni ..
Stress ! Setiap kali nak sampai Alamanda , aku pasti akan rasa geram giler ! Rasa nak langgar terus je kereta kereta yg parking tepi jalan tu ! Terutama yang parking semata mata nak gi tengok wayang ! Kedekut sangat ke nak masuk dalam parking berbayar ? Dah susah susah orang buatkan bertingkat , nak juga susahkan pengguna lain dengan parking tepi jalan tu !
Dari dua lorong , gara gara pemilik kereta yang malas nak parking kereta di tempat yang disediakan , terus jadi satu lorong ! Ini adalah antara punca punca kemalangan ! Sepatutnya ini tak perlu berlaku !
Aku tertanya gak.. mana pergi polis trafik ketika ni ? Mana gi pegawai perbadanan ? Takkan nak tunggu ada yg mati baru ada tindakan kot ? Jangan gituu..
Yang parking tepi jalan tu.. Setahu aku dalam banyak parking.. Dah takde duit sangat ke nak bayar parking ? Gi tengok wayang ada duit pulak ? Haihh.. Tak ke sedar sikap MALAS anda tu merbahayakan orang lain !
Aku harap VVVIP tak guna ramai polis trafik untuk escort mereka dah pasni .. Aku rasa polis trafik kurang sebab dok kena ikut VVVIP ni haaa.. Mintak tolong turun dan saman kereta yang parking mati tepi jalan terutama di Alamanda ni ! Diorang bukan takde duit… ni masanya nak tambah pendapatan negara ..
Mana lagi best ?? Apakah Sony Xperia Z3 atau Oppo Find 7 ?
Bagi aku , gambar dari Sony Xperia Z3 lebih realistik berbanding Oppo yang ada auto filter.. Bagi mereka yang gemar selfie pastu nampak kacak senantiasa , Oppo memang sesuai , cam bawah ni haa..
Namun kamera depan Oppo Find 7 masih belum mampu lawan Sony Xperia Z3 yang berkualiti DSLR .. Clear dan tak pecah bila zoom.. Penting tuuu ! Ahaaa…
Satu masalah Oppo Find 7 bila nak selfie ialah , payah benar nak pegang ! Dengan size yang besar dan berat tu, memang sukar sedikit nak pegang.. Kena hati hati wooo … Aku sendiri berapa kali nyaris nak jatuh..
Masing masing ada kelebihan. Setelah 2 minggu lebih aku guna Oppo Find 7 , aku rasa aku lebih selesa dengan Sony Xperia Z3. Dan akan kembali gunakan Sony Xperia Z3 yang baru aku amik dari service centre.. hehe.. Terasa kehilangan sungguh !
Tak sabar tunggu Sony Xperia Z4 keluar ! Huhuh.. apakah mampu cabar Iphone 6 Plus yang dibanggakan oleh peminat Iphone itu ??? Jeng jeng jeng …
“ Abang.. jangan lupa yer.. Gi Aeon kang. Beli dypers drypants anak anak. Qhaliff , size XXL dan Zahra , size M. Pastu beli telur dan pisang.. Terima kasih. “.
Ok.. Alamanda.. Hurm.. Berapa pulak GST kali ni .. Automatik kepala dah pikir GST. Harga ? Aku tak pasti la naik ke turun. Tapi yang pasti tak kurang dari RM25 ! Gi Mydin ? Gi 99 Supermarket ? Aku naik basikalkah ?? Guna minyak gak kan ? Masa lagi..Semua tu berbayar tauu !
Amik barang Qhaliff .. barang Qhaliff .. barang Qhaliff dan Zahra je.. Aku punya deodrant.. sebesar ibu jari aku.. dah RM4.50 tuuu ! Giler babas punya harga !
Settle.. Masa untuk bayar ! Aku malas nak tengok berapa kena.. Mesti cecah ratus punya ! Dan memang pon ! Tabiat terbaru aku dan pasti ramai pun cam aku iaitu lepas bayar .. check id GST dan cukai yang dikenakan..
Aku cuma mampu geleng kepala ! Sian anak anak aku nanti ! Zaman aku , nasi lemak RM1 dapat ayam. Sekarang RM2.50 – RM3.00 untuk ayam..
Balik Kelantan ari tu.. Aku dah memang akan jangka berjam lamanya aku akan memandu. Antara yang wajib aku letak dalam kereta ialah Pati Batook Ori ni haaa ! Bertujuan untuk mengurangkan rasa sakit kepala yang berpunca dari.. kejap kejap , tidur.. tapi baru nak lena , wife dah ajak sambung perjalanan ! Hehehe.. Sapu kat leher , hidung dan dahi.. lega la skit !
Satu lagi persediaan untuk Zahra atau Qhaliff meragam dalam kereta. Dengan size yang mudah dibawa dan ringan , bagi aku Pati Batook Ori ni wajar ada dalam simpanan.. biar lebih skit !
Bau ? Bagi aku , bau dia ok .. budak takde masalah dengan bau dari Pati Batook ori ni.. sapu je kat tempat sepatutnya dan tunggu kesannya.. InshaAllah…
Nak order ? Sila ke page Pati Batook Ori. Jadi agen pon bagus.. beli , letak je atas meja pastu… ada la kawan tanya punya… hehe.. tapi kena la promote dan terangkan kelebihannya..
Berdiri depan poster filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.. Tertanya pada diri sendiri …Apakah berbaloi aku mengeluarkan RM15 untuk menonton filem yang .. hurmmm.. Tergaru kepala aku yang tidak gatal..
Ada dua filem seram atau seram kelakar yang bakal ditayangkan nanti dan satu lagi tu menarik minat aku kerana ianya menghimpunkan kisah kisah seram..
Yang atas ni macam menarik ! Ahaaaa.. Tapi belum mampu buat aku ke panggung untuk tonton.. apatah lagi keluar duit membeli tiket ! Takut kecewa beb ! Dah tak larat aku nak kecewa dengan filem melayu sekarang ni.. Jalan cerita awal , best tapi bila penghujung.. hurmm..
Dapat jemputan untuk ke satu filem melayu… filem cinta komedi aku rasa.. Masih dok fikir.. nak gi ke tak ? Hurmm… Aku bukanlah anti filem melayu tapi aku tak nak la diperbodohkan seperti sebelum sebelum ni.. Keluar duit tapi cerita ? Haihh…
Heheeh.. pertama kali aku tengok , aku ingat BABI .. Rupanya bukan.. hehehe.. BAB 1 .. Terus aku post ke FB dan nak tengok reaksi kawan kawan lain..
Heheh.. rupanya ramai dah baca novel ni dan memberikan komen positif ! Waahh.. menarik niii ! Buku yang kat tangan aku ni , diberi sendiri oleh penulisnya , Azwar Kamaruzaman.. yang juga dah join #kelabbloggerbenashaari !
Aku ? Apakah pendapat aku mengenai buku ni ? Hurm.. nampaknya aku kena gi Tolouse untuk baca buku buku ni ! Kalau kat sini , entah bila dapat abiskan ! Rugi pulak tak baca sebab ramai kata best ! Ada pengajaran !
Hurmm.. Ok , kena baca gak camana punya bizi sekali pun ! Terima kasih Azwar kerana sudi turunkan tandatangan kat buku tu.. ehehhe.. Bukan senang nak jumpa novelis muda ni..
Aku , nak jadi novelis gak ! Tapi .. ada ke nak baca novel aku tu nanti ! Hukkk hukk.. Er , cerita pasal apa ? Ahaaa.. Tajuknya .. Aku , playboy tua ! Amacam ?
Hurmm.. Tanpa ilmu atau infomasi yang tepat , apa saja yang kita buat atau nak buat , akan merbahayakan kita. Kan ? Contohnya kalau kita nak pandu kereta tapi takde ilmu pun mengenai kereta dan juga undang undang jalan raya ! Kan dah bahaya tuu ..
Sama gak bila bab penjagaan muka ni haa ! Aku , antara lelaki yang malas nak jaga kebersihan muka atau lebih tepat lagi , sebenarnya tak tau nak jaga kebersihan muka ni camana haa ! Asyik dok basuh dengan air atau guna pencuci muka je , dah ! Bersih dah !
Rupany-rupanya tidak sama sekali !! Nak jaga muka ni ada banyak langkah dan perlu teratur ! Kalau tidak , akan beri kesan sampingan pada muka kita seperti kulit kering dan gatal gara gara main belasaj je guna !
Tapi aku tak risau.. COSMODERM dah bagi tunjuk ajar pada aku cara bagaimana nak gunakan produk penjagaan muka dengan lebih tepat dan jitu ! Hahahaha ..
Dan selepas dapat ilmu atau tips ni , barulah muka aku yang selama ni bila guna , terasa cam ..kering gitu ! Haa.. Rupanya, salah aku sendiri ! Main belasah jer guna ! Hehehe.. Kena ada ilmu tauuuu ..
Ok.. ni tips dan petua bagi mereka yang punya ada masalah bintik hitam di muka ..
Camana nak pakai ? Tonton video yang aku jadi model ni haa.. Hehehehe atau klik terus di SINI.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk keluaran Cosmoderm, boleh beli samada di farmasi farmasi terpilih atau juga melalu online di www.cosmoderm.com.my.
Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan produk , boleh saja ke fan page Cosmoderm .. Cosmoderm (Halal Personal Care Products).
Ahh , pening ! Tiap kali aku nak keluar rumah.. Yang lelaki nak ikut.. Yang perempuan dah pandai dahhhhh jugak nak ikut ! Fuhhh… Daddy kena keluar sorok sorok ..
Nak usung kedua dua , tak mampu lagi woo ..
Di Times Square semalam.. aku terpaksa tinggalkan wife dan Zahra di satu tempat yang selesa .. sebab aku nak kena ke Sony Service Center untuk amik telefon pintar aku. Jangan lupa baca kisah Dimana timbangrasa anda, wahai anak muda ! ni jugak yer.. Ada kaitan gak.. hehe..
Aku nak bawak Zahra , aku risau wife tak terkawal Qhaliff yang dah semakin berani berjalan sorang sorang ! Hurmmm.. Maka aku bawak je la Qhaliff dan tinggalkan Zahra sekejap.
Dah sampai kat sana , ada mesej masuk.. Dari wife.. Dia bagi Zahra. Katanya Zahra buat muka boring tunggu daddy !
Adehhh… buat daddy rasa bersalah pulak ! Haihhhh.. Budak kecik ni dah pandai mengoda daddy dia ! Nak suruh dukung dia jer memanjang. Si abang pon bila aku dukung adik dia , dia pon mintak dukung.. Adehh…
Rasanya lebih pada nak menyakat aku je tu ! Si Qhaliff memang lindung adik dia .. cuma dalam bab tertentu je Qhaliff akan ‘menolak’ adiknya .. hahaha .. Penat daddy nak jadi pengadil !
Ketika ni , akan nampak si ayah akan lebihkan sapa , kan ? Antara adik atau abang ? Biasanya.. abang dimintak beralah.. kan kan ? Terasa abang.. hehe.. apa nak buat ? Abang dah besar…
Hurm…