Dah tiba masanya.. Kelab Blogger Ben Ashaari diberi penghormatan yang mana setelah selama ini dikritik sesetengah pihak yg merasakan kelab komuniti blogger ini bersifat peribadi .
Kami diberi peluang untuk menabur jasa dan bakti walaupun peranan kami kecil saja .. Alhamdulillah.. sekurangnya ada jugak pihak yang nampak blogger ni berperanan membantu mereka memperjuangkan nasib manusia lain.. Bukan segalanya kerana wang ringgit !
Yer.. Hari ni .. InshaAllah , ramai rakan blogger akan turun memberi sokongan terhadap AMAN PALESTIN yang membantu rakyat Palestin.Terima kasih bohh..
Aku sebenarnya tak tau pon mengenai kerjasama ini. Awalnya aku dihubungi untuk membantu mendapatkan blogger bagi menjayakan satu program. Aku pun seperti biasa tanya la.. mana mana blogger yang berminat untuk serta kerja amal ni.. Ini bukan pertama kali aku dihubungi mereka .. dan aku membantu mana yang terdaya. Selagi terdaya.. InshaAllah..
Semoga majlis hari ni berjalan dengan lancar.. Terus terang , aku agak gementar kerana majlis ini dihadiri oleh orang orang besar… dan aku tak nak berucap untuk mewakili blogger ! Huhu..
Terima kasih buat rakan rakan yang memberi sokongan.. Moga majlis ini diredhai Allah..