Alhamdulillah.. sapa sangka kan ? Satu pengiktiran dari sebuah badan NGO yang punya dipandang tinggi di dalam negara ni.. AMAN PALESTIN semalam secara rasmi semalam melantik blogger KELAB BLOGGER BEN ASHAARI sebagai blogger Aman Palestin.
Siapa sangka kan ? Sebelum ni , ramai je kritik dan pandang sinis penubuhan kelab komuniti blogger ni ! Sekarang terbukti .. ianya memberi manfaat pada masyarakat sekeliling amnya ! Eceh..dah dah aku tulis macam wartawan.. hahaha ..
Disokong oleh team Projek Travel juga , semalam ramai blogger terutamanya dari Kelab Blogger Ben Ashaari turun ke Majlis Perjanjian Persefahaman Rakan Korporat, Duta, Penyerahan Sumbangan, Pertemuan Rakan Blogger dan Media Sosial bersama Aman Palestin Berhad di Hotel Bangi-Putrajaya , Bangi.
Satu pengalaman dan penghargaan tak ternilai buat aku dan juga rakan rakan.. Maklumlah , kami turun sana atas tiket Blogger ! Yang mana rasakan blogger ni cumalah pandai cari isu panas utk lariskan blog.. Hehehe.. kan ? Tapi bukan semua macam tu… kan kan ?
Dan menariknya.. eceh.. menarik eh ? Hahaha.. Razi dari blog www.razzwey.com diamanahkan untuk mewakili team memberikan ucapan ! Hehehe.. Aku tak nak naik sebab nak semua orang merasai detik terindah bergelar blogger ni.. Dan dia berjaya menjalankan tugasnya dengan berjaya walaupun agak gugup seketika.. Hahahaha.. Acaner nak jadi artis neh ???
Terima kasih buat semua rakan rakan blogger yang turun beri sokongan dan juga yang tak dpt turun tapi turut memberi sokongan pada Aman Palestin. InsAhallah , tugas kita akan bermula nanti !