Risau… Yup , aku dan rakan rakan AJK event ni memang risau di saat akhir.. Apakah event ni akan jadi kenyataan ? Akan dapat sambutankah dari rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari memandangkan ianya di buat pada hujung minggu ? Awal pagi lak tu kena ada dah ! Hahahaa..
Jam 7 pagi aku dah sampai di KELAB KOMUNITI TAMAN TASIK CYBERJAYA yang mendamaikan ni.. Taman ni ada seribu kenangan manis bagi aku. Sebelum ni kerap bermain paintball bersama rakan rakan blogger kat sini. Dan kali ni akan kembali sekali lagi dan bakal bermain paintball dengan rakan rakan yang majoritinya adalah blogger yang baru aku himpunkan.
Jam 8 pagi.. Seorang demi seorang rakan blogger tiba. AJK dah mula sibuk siapkan segala persiapan untuk perasmian event ni..
Akhirnya seramai 80 orang peserta ( blogger + pasangan ) telah melaporkan diri untuk memeriahkan event kali ni. Alhamdulillah.. Dan jam 9 pagi , event ni dimulai dengan ucapan dari pengacara majlis dan juga ajk event yang banyak bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran majlis ini. , Yanty..
Sarapan pagi yang menyelerakan disediakan oleh Bayou CoffeeHouse
Mula mula senamrobik yang dikepalai oleh blogger Fatin Bella.. Awalnya ramai tampak macam segan segan jer tapi selepas setitis demi setitis peluh keluar , semua dah pakat berjoget depan pentas ! Hahahaha.. Chaiyokkk..
Sebenarnya aku tak buka untuk penyertaan orang luar lagi kerana belum bersedia menganjurkan event yang besar besar ni.. hehehe.. Bagi aku , ni pon dah cukup besar.. Pening jap kepala tengok orang..hahaha.. Takut byk kekurangan. Tapi aku percaya AJK BDO akan menguruskan dengan lancar !
Kemudian bacaan doa oleh blogger Zaini dan diteruskan ucapan alu aluan oleh wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya , En.Mualif dan juga wakil Kelab Blogger Ben Ashaari , Lan Careno.
Selepas ucapan , segalanya bermula ! Yessszarrrr ! Hahahaha… Aku dah tersengih kerana acaranya adalah pelik pelik. Peserta pasti akan terkial kial punya lah ! Hahaha..
Mula mula golf di driving range. Ok , sini ada driving range bagi kaki golf.. ! Ok, caranya.. Peserta perlu pukul bola golf ke sasaran yakni bendera putih yang terletak lebih kurang 300 meter. Dan menariknya , takda sapa sapa leh try dulu.. Semua perlu pukul untuk kali pertama ! Hahaha.. maknanya , takde testing testing..
Penerangan diberikan terlebih dahulu oleh Nad selaku orang kuat dari Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Terima kasih banyak banyak yer , Nad.. hehe..
Yang penting , bukan kemenangan tapi masing masing bergelak ketawa dan seronok di driving range ni. Alhamdulillah , segan silu semua terbenam selepas masing masing membuat pukulan.. Hahahaha.. baru tau bukan mudah nak hit bola tu kan ? Hehee.. nasib baik aku kena..
Acara pemanas badan ke dua .. Badminton ! Elee…. badminton senang jer main , kan ? Hehehe.. Salah tuu.. Aku tukar konsep permainan ni. 6 lawan 6 dengan satu raket saja ! Ramai nak bantah tapi aku tetap teruskan kerana aku nak blogger berbincang , bersatu dan ada target dalam permainan ni..
Akhirnya mereka faham konsep permainan ni dan mula merancang strategi ! Hahahaha.. Tu yang aku nakkkk tengok ! Kelab Blogger Ben Ashaari , bukan kelab orang perseorangan.. Ni kelab berpasukan !
Selesai badminton , rehat dalam setengah jam. Kesempatan diambil oleh blogger untuk berehat seketika dan aku serta beberapa orang blogger lagi masuk ke gym ! Lepas gian jap.. hahaa..
Jam 1130 pagi.. Masa untuk racing pulak ! Jom Go Kart ! Macam macam aktiviti boleh dibuat kat sini rupanya ! Seronok buat gathering kat sini..
Bukan khas untuk lelaki je tauuu.. perempuan pon layan sekali ! Hahahah.. Nak beracing gituu..
Selesai Go-Kart , masa untuk makan tengahari di Bayou CoffeeHouse Cafe. Makanan cukup menyelerakan ! Ni kira buffet tauu ! Sedap sedap gituuuu ! Nanti aku cerita kat lain entri. Boleh buat tempahan untuk majlis perkahwinan andai ada yang berminat nak buat majlis di sini..
Selesai makan.. solat Zohor di surau yang bersih dan selesa. Sebelum tu pon ada yang bawak anak anak masuk sini untuk berehat. Maklumlah , cuaca cantik di luar sana tapi ada yang tak mampu tahan bahangnya.. Huhuh.. sian..
Jam 230 petang.. Acara yang dinantikan !! Masa untuk bakar segala lemak lemak dan ketakutan ! Konsep permainan pon berubah ! Jaga keetuaaaa… Hahahaha …
Best ! Go Kart dan Paintball di sini memang membuatkan blogger KBBA berjanji akan repeat sekali lagi ! Hahahaha ..
Ok.. selesai acara .. masa untuk menutup majlis ! Ada cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati yang ditaja oleh beberapa buah syarikat dan orang perseorangan.. Antaranya Cosmoderm
Yeos Malaysia , Stamp N Print Enterprise , Azwar Kamaruzaman
Natalia dan Monster Crazy Crunch.
Selepas tuuu.. sesi berfotografi penutup ! Dan dengan ini , selesai sudah event yang julung julung kali dibuat secara rasmi oleh KELAB BLOGGER BEN ASHAARI !! Terima kasih buat semua penaja rasmi yang sudi menaja kami !!
TERIMA KASIH #KELABBLOGGERBENASHAARI ! Anda semua terbaik ! Berjaya buktikan yang kita BUKAN SEKADAR BLOGGER !