Aku percaya masih ramai tak tau apa itu GST ! Aku pun tak tau apa itu GST ! Serius , aku memang tak tauuu.. Aku cuma tau , di resit setiap pembelian barangan yang aku beli ada tertera bayaran tambahan sebanyak 6% ! Bukan saja barangan malah perkhidmatan pon ada !! Elektrik contohnyaaa !
Maafkan aku.. Memang aku memekak kat FB pasal GST tapi aku tak tau apa makna dia ! Pentingkah aku perlu tau makna penuhnya ? Apakah akan keluar dalam ujian nikah kawin yang bakal aku duduki sekali lagi nanti ??? Takde kan ?
Tapi aku tetap amik tau.. Sebabnya bayaran yang ditambah tu membebankan aku dan bakal mematikan semangat aku untuk berbelanja di lain hari !
Contohnyaa… baru baru ni aku ada gi satu gym ni.. Biasanya bayaran adalah RM5. Tiba tiba aku diminta tambah sebanyak 30 sen !! Aku bagi je la.. Malas nak bising tapi memang spoil laaa.. Aku tak salahkan mereka pon. Mereka kena bayar cukai dan aku sebagai pengguna , kena bayar cukai setiap apa saja aku guna dan beli ! Dah la tol kena bayar.. jalan raya pon ada kena cukai !
Penting kena amik tau setiap sen yang kita keluarkan dan ke mana perginya duit tu yang dikatakan setiap hari hasil dari GST adalah rm42 juta !! Nak tengok hasil dari GST ni nanti !! Dan kalau boleh , pemimpin akan datang , hapuskan GST yang maha mengarut ni !! Membebankan rakyat !!!!!!!
Bagi yang tak tau maka GST tu .. maknanya ialah Goods and Services Tax. Tak perlu malu.. Mantan PM pun tak tau apa itu GST.. Yang tahu , Ahmad Maslan jer.. Sebab tu dia dapat 3.85 .. Kalau dapat 4.00 , aku rasa dia jadi Presiden USA dah.. Apa kelas jadi Timb. Menteri kat Malaysia ni.. Rugi laaa .. Mesti dia nak cipta belon ke bulan punya ..