Bila kita baca berita pasal si bapa kandung dan si mak tiri menganiaya anaknya sendiri , kita rasa cukup marah dan geram ! Lalu pelbagai kata kata amarah dilemparkan terutama melalui keyboard ! Darilah berlapik hingga takde lapik langsung ! Ok la , aku paham akan perasaan tu. Aku pun marah gak ..Tapi ??
Tapi tahukah kita ada mata yang memerhatikan tingkahlaku kita ? Aku sendiri teringin nak melemparkan kata kata kejian , kritikan , kutukan tapi ‘terhalang’ .
Terhalang ? Yang pertamanya , terhalang sebab aku ni beragama Islam. Yang keduanya , orang tahu aku berkeluarga. Apakah contoh yang nak aku tunjukkan pada rakan lain ? Bukanlah hipokrit atau nak tunjuk ‘ jer.. tapi terpaksa jadi gitu ! Sekurangnya-kurangnya aku ada alasan untuk tidak bertindak jadi manusia yang lantang mulutnya !
Saban hari kita tengok pengguna media sosial yang takde insuran mulut ! Kita terlupa , kita ada keluarga.. kita ada anak ! Orang yang membacanya akan berfikiran begini..
“Siannya anak dia dapat bapak / mak begitu perangainya ! “. Diorang jugak dapat tempias ! Pastu kalau ada yang jenis berdendam , siap la ! Tak dapat kasar , halus pulak permainannya .. Hurmm.. Realiti yang menakutkan dek kerana manusia semakin hilang kewarasan fikirannya !
Ada baiknya , kita berhati hati dengan jari jemari kita. Jangan tunjuk hero atau pahlawan sangat la. Walaupun kita rasa kita tu dah cukup bagus , kita tak tau camana perangai orang lain di luar sana tu.. Perangai yang tak boleh dijangka sama sekali !