Pengalaman di Paris dan Toulouse tahun lepas memang membuatkan aku insaf seketika ! Susahnya nak dapatkan makanan halal kalau tak orang yang berpengalaman di tempat tu ! Hurmm..
Setelah dua tiga kali ‘merantau’ maka tahu dah kena buat apa ! Jika di Osaka, Jepun.. sila dapatkan aplikasi mobile Halal & Muslim Friendly Map dengan cara memuatkan turun di http://muslim-friendly.jp.net.
Serius ! Mudah bila ada ni.. Download atau dapatkan jer risalah yang disediakan oleh Tourism Japan di Osaka.
Nak cari hotel mesra muslim , atau restoran mahupun tempat solat berhampiran ketika korang sedang ‘merayau’ di bandar Osaka !
Maka , sila sediakan payung sebelum nak merantau yer.. Hehehe.. Melancong , melancong gak kan.. Tapi.. hehehe .. Sendiri mau paham !