Fuh ! Dua kuasa besar dalam bidang masing masing , bekerjasama dan hasilnya ??? Hasilnya ialah kewangian di serata dunia ! Sapa sangka kan ? Dua buah ‘kuasa’ bersatu dan kita juga merasa ‘kelebihannya’ !
Ambi Pur dan FC Barcelona , semalam telah mengumumkan kerjasama mereka di Kuala Lumpur dan kerjasama ini diakfifkan di 6 buah negara Asia Timur dan Asia Tenggara iaitu Hong Kong , Indonesia , Malaysia , Filipina , Singapura dan Thailand.
Bertempat di Marble & Bar , Kuala Lumpur , kerjasama ini dihadiri sendiri oleh Xavier Asensi , Pengarah Urusan Asia-Pasfik bagi FC Barcelon , Nicolas de La Giroday , Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble International Operations.
Zulfiqar Mahar , Penolong Pengarah Jenama Ambi Pur memberitahu yang mana mereka amat teruja dengan gabungan dua jenama yang cukup terkenal ini dan percaya bahawa penyokong penyokong mereka akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini.
Salah seorang darinya ialah aku la..
Ambi Pur dan FC Barcelona merasmikan pelancaran ‘ Kerjasama Kemenangan Tahun Ini ‘ dengan penyerahan rasmi jersi FC Barcelona dengan tulisan Ambi Pur bernombor 1 bagi menandakan kerjasama dua jenama no 1 dunia ni..
Seiring dengan itu satu peraduan khas untuk dua dua penyokong ini telah dilancarkan ! ‘ Peraduan Menangi Percutian Ke Barcelona’ yang mana permainan ‘ Tendangan Penalti Bau Busuk ’ bakal menyaksikan hadiah utamanya ialah percutian ke Nou Camp , Barcelona dan pelbagai barangan ekslusif.
Peminat bolasepak dan Ambi Pur boleh mengalami permainan ini melalui Pameran Jelajah yang bakal dilancarkan pada bulan Disember dengan Bas Jelajah Ambi Pur + PC Bercelona yang akan berkunjung ke kedai kedai terpilih dari 30hb Nov – 27hb Dis.
Ikuti bas Bas Jelajah Ambi Pur + PC Bercelona dan ambil bahagian dengan membeli mana – mana 2 pewangi kereta Ambi Pur dengan satu resit dan SMS ke 016 336 1301 untuk menang ( No Resit , Nama , No IC + penuhkan slogan dengan tidak kurang dari 30 perkataan “ Ambi Pur dengan FC Barcelona menyegarkan perjalanan kami ke arah kejayaan kerana .. “ ).
Info lebih lanjut di www.facebook.com/AmbiPurMy.
Tahniah buat Ambi Pur dan FC Barcelona. Semoga lebih sukse dengan kerjasama ini !