Ada yang kata , aku ni pandai merungut saja ! Berusahalah untuk majukan diri , kritiknya ! Nak majukan camana lagi ? Suruh siang malam bekerja tanpa had ? Atau join bisnis MLM ? Meniaga burger di malam hari manakala siangnya kerja di pejabat ? Lunch g jadi pam atendant ? Dan anak di rumah , kasi hantar pengasuh ? Itukah kehidupan yang kita kejar hanya kerana nak teruskan hidup sempurna ??
Adakalanya aku berdiri di depan pintu.. Berfikir sejenak. Aku nak pergi kerja pagi ni , nak guna pengangkutan awam atau pandu kereta jer ? Kerajaan galakkan rakyatny gunakan pengangkutan awam tapi diorang kasi naik harga kaw kaw punya ! Apa punya turr daa ! Pandu kereta , petrol dan tol satu hal lak ! Dah la gi event tak berbayar ! Demi kerana nak dapatkan network.. untuk masa depan kata kawan kawan..
Tepuk dahi ! Aku memandang ke langit. Yang kaya , semakin kaya dan yang miskin , semakin miskin di Malaysia ni ! Nak ‘berjaya’ , kena jadi penjilat ! Atau terus berada di ‘tapak kaki’ tanpa mampu berbuat apa apa jika tak nak jadi pengampu !
Geleng kepala. Sampai bila nak terus hidup begini ! Kata seorang menteri , berpindahlah ! Samada ke luar negara atau balik je kampung. Hurm… Kadang kadang , orang gini memang dungu ! Aku pun boleh jadi menteri kalau itu je tahap idea yang mampu dia beri. Apakah aku perlu join politik dan jadi menteri ? Wowww ! Datuk Seri Ben AShaari ! PErghhhhhh..
Aku tampar pipi aku sendiri ! Sudah sudahlah berangan.. Hidupkan enjin , jom gi Cheras. Sediakan duit tol dan kad kredit . Semalam dah isi petrol dan malam ni nanti , standy untuk isi lagi !
Aku memandang Qhaliff dan Zahra. Besar nanti jangan jadi macam Najib , yer sayang ! Biarlah kita begini , asalkan kehidupan kita berkat ! Tak lama pun kita atas bumi ni. Pastu ke dalam tanah jua kita nanti..