Alhamdulillah.. Segala apa yang aku impikan..usahakan dan idamkan , menjadi kenyataan ! Bukan mudah tapi aku berjaya melakukannya dengan kerjasama rakan rakan yang tak henti henti memberi sokongan padu dan tak berbelah bagi !
Seawal aku bergelar blogger , aku tidak dipandang sapa sapa ! Yelah.. aku bukannya artis atau selebriti! Malah dipandang rendah oleh sesetengah blogger yang lebih senior dari aku. Hurm.. Dari situ aku nekad.. aku nak mengubah 'suasana ' gini ! Angan angan kosong yang perlu dijadikan kenyataan !
Hari demi hari.. bulan demi bulan.. Tahun silih berganti.. Blogger keluar masuk dalam komuniti yang aku tubuhkan.. Dan akhirnya , komuniti blogger yang diberi nama Kelab Blogger Ben Ashaari ini sudah berada di satu tahap yang aku boleh katakan membanggakan sama sekali !
Setiap hari.. pasti ada yang berminat untuk bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Bukan dari sektor swasta je yer.. Malah dari sektor awam juga menyatakan minat untuk bekerjasama dengan komuniti yang aku tubuhkan ini..
Alhamdulillah.. kejayaan yang dikecapi sekarang ini bukanlah hasil usaha aku seorang.. Ramai yang terlibat ! Dan pastinya , kelab ini dah memberi pulangan pada sesetengah mereka yang sertai komuniti ini. Di luar jangkaan sebenarnya ! Mereka menikmati kenikmatan yang sepatutnya hanya ' blogger top' jer rasa ! Dulu aku cuma mampu memandang status mereka. Sering impikan apa yang mereka dapat ! Dan bila aku dah merasainya , aku teringin nak rakan rakan lain turut merasainya !
Maka... ramailah tersenyum riang ! Dan mereka yang tak menyangka sama sekali akan merasai kenikmatan hasil blogging mereka !
Ini cumalah antara kejayaan kecil tetapi besar bagi aku kerana yang uruskan projek ni bukanlah aku tetapi rakan blogger yang mana mendapat ilmu melalui komuniti ini.. Bayangkan dari tak tau apa apa , hinggalah berani proposed projek pada client yang sebenar gini ! Bukan mudah tetapi mereka dah berjaya buktikan !
Bak kata aku.. ini cuma baru projek kecil... dalam tahun ini . Dan inshaAllah , banyak lagi projek besar bakal diuruskan kami .... blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ! Yer , dalam diam aku bangga dengan mereka ! Tak sia sia aku wujudkan komuniti ini !!
Sekurang-kurangnya.. aku dah lakukan satu kebaikan ! Dari mereka yang hanya reti cari keburukan.. lebih baik , kita buat kebaikan .. kan kan ?
Projek esok.. Agensi Anti Dadah Kebangsaan berminat nak bekerjasama dengan kami. Dan ada beberapa lagi kementerian berminat juga.. Yang pasti , aku kena g meeting ! Dan aku pergi meeting , guna duit sendiri ! Aku tak claim dan amik komisien atas sebarang projek !
Ini yang aku terapkan dalam komuniti ini.. Hari ni kita tabur benih , inshaAllah .. andai ada rezeki , kita akan merasai buahnya bersama sama.. Makan tak abis !