Mendung.. sejuk pagi ni ! Jalan raya , clear sungguh ! Masih ramai belum pulang ke ibukota.. nak sambut Ramadan kat kampung bersama keluarga tercinta , kata mereka.. Esok lusa , mesti jammed semula.. Oh ya , cuti sekolah kan ? Huhu..
Masuk Ramadan ni , bermakna dah 4 tahun aku bergelar Mr.Mama. Jaga anak anak kat rumah. Masa bekerja dulu pastinya Ramadan jauh mencabar berbanding duduk di rumah. Bukan sebab cobaan terhadap makanan tetapi dugaan ketika nak pergi dan balik kerja. Di pejabat pon lebih kurang la ujiannya ! Ujian apa ??? Ujian mata dan hati ! Mata memandang mereka yang tak menutup aurat dan hati mengumpat mereka itu ! Huhhhh !
Ada yang kata , lelaki kena la jaga mata dari melihat perempuan Islam yang berpakaian sendat atas bawah .. Amboi.. Yang lelaki Islam , boleh la jaga mata.. Dah yang bukan Islam , camana lak ?? Nak tayang kat mereka yang bukan Islam ke ni ?? Adehhh..
Tak semua lelaki beragama Islam tu mampu jaga mata dari melihat ‘tayangan perdana percuma’ tu.. Tapi kalau perempuan tu pon turut sama menjaga nafsu pemakaiannya itu , Alhamdulillah ! Sama sama membantu gituu..
Sebab tu aku lega sekarang ni.. Tak perlu nak mengumpat dalam hati bila nampak semmua tu.. Jenuh nak menahan nafsu ngumpat ni ! huhhh !
Apa apa pon.. semoga Ramadan ni memberi kita cahaya kesedaran dan keinsafan yang sebenar benarnya ..InshaAllah..