Semalam , setelah 11 hari berpuasa.. aku berbuka di luar bersama keluarga aku di PICC, Putrajaya. Makanan , memang tak dinafikan.. tip top ! PICC ni antara tempat yang confirm aku pergi setiap tahun bersama sama keluarga dan juga rakan rakan..
Selesai berbuka.. solat Maghrib.. aku bawa Zahra berjalan jalan di luar untuk menikmati permandangan malam yang indah dan mendamaikan di Putrajaya.
Cari tempat yang sesuai untuk bersantai sebentar memandangkan ruangan di luar tu dah dipenuhi dengan gerai makanan dan juga meja makan..
Ternampak sekumpulan lelaki duk berdiri di situ. Aku tak perasan pada awalnya.. Terus ke situ.. Dan.. Haihhh.. mati terus nafsu aku nak mengambil udara segar kat situ. Udara dah tercemar dengan mereka yang ‘memang terpaksa merokok untuk teruskan kehidupan’.
Cepat cepat aku beredar dari situ. Camana lagi nak buat eh untuk sedarkan mereka ? Sedangkan dari jam 6 pagi hingga 7 petang , mereka berjaya menahan diri dari merokok.. Beberapa minit selepas azan Maghrib berkumandang , tu diaaa.. terus ada team merokok beramai ramai kat satu port ! Automatik tempat tu jadi kawasan terlarang.. kawasan bunuh diri ! Hurmm..
Yer.. aku tau.. bukan tak tau.. bukan mudah nak berenti merokok tapi apasahal di waktu siangnya , boleh pulak tak merokok ? Hidup lagi lak tu ??
Hurmmm…