Fuh… tak sangka aku. Aku lupa dah sebenarnya tapi wife ingatkan selepas kejadian sebelum subuh tadi.. Gini ceritanya.. Zasss ! Mengimbas 9 tahun lepas.. Malam pertama selepas sah bergelar suami isteri.. Ada satu kejadian menyayat hati berlaku.. Aku tak tau apa yang aku mimpi tapi wife jadi ‘mangsanya’.
Kenapa ??? Sedang aku dibuai mimpi yang agak ngeri , tetiba aku terdengar suara wife menjerit. Malam pertama menjerit dah ? Adehhh.. Pastu aku kena cubit.. Aku pun turut menjerit sama.
Aku tanya wife , kenapa dia cubit aku ? Aku sebenarnya dah syak tapi tetap nak bertanya.
“ Yang abang sepak Zila kenapa ? “. Berkerut muka dia !
Aku gelak besar. Ngigau laaaa.. Mimpi bertarung dengan penjahat ! Hahahahaha.. Geram punya pasal kaki kaki semua naik ! Dan ini bukan yang pertama kali berlaku dalam sejarah mimpi ngeri aku. Pernah aku tumbuk dinding sekuat hati.. Memang berdarah la buku lima aku tu. Bengkak weh.. Tapi tu masa sebelum kawin laa..
9 tahun berlalu.. Pagi tadi.. Aku yang tidur bersama Qhaliff dan Zahra di ruang tamu , terjaga disebabkan kena himpit dek diorang berdua. Ditambah dengan suhu yang agak panas , aku terus masuk ke dalam bilik.
Tengok jam.. baru kul 5 pagi.Belum masuk subuh. Nak lelap lagi. Terlalu penat badan ni. Tak dapat cukup rehat. Huhuh.. Kononnya laaa..
Aku baring di ruangan kosong di atas katil. Amik hujung hujung jer. Dan sambung tidur. Aku tak sangka mimpi aku bergaduh aku tu bersambung ! Hampeh tul laaa.. Dan tak pasal pasal aku melepaskan satu tumbukan dari tangan kanan. Nasib baik tumbukan pun ala ala girlfriend bergurau ngan boyfriend di awal percintaan. Tapi ‘ mangsa’ menangis dengan kuatnya !
Aku bukak mata.. Ah , sudahhhhh ! Aariz jadi mangsa kali ni !! Arghhh… terus aku bukak lampu dan tengok dia. Wife geleng je kepala.. Pujuk Aariz dan dia ok.. Sambung tidur ! Huhuhuh.. Aku cium dia dan mintak maaf.. Adehhh..
Nampaknya , malam ni kena tidur sorang sorang jer laaa gamaknyaa !