Jam dah menunjukkan kul 10.Aku plan nak gi gym.. Qhaliff datang dgn 'homeworknya'. Teringat satu dokumentari yg aku tonton di Astro baru baru ni yg bertajuk 'Where To Invade Now?', kalau tak salah aku.. Yg mana di negara Ireland.. negara yang mana taraf pendidikannya adalah yg terbaik di dunia.. Tidak galakkan memberi kerja rumah pada murid muridnya! Wowwww.. Terkedu aku. Patutlah.. Menarik giler dokumentari tu..
Tapi nak buat camana kan? Mungkin cara kita berbeza.. Nak tak nak, kena teruskan amalan tradisi ni.. Huhu..
Gym.. Terpaksa hold jap.. Dah berhari aku ponteng.. Aku kena gi gym utk bersenam. Di rumah, payah.. Anak anak sibuk ikut sekali dan risau aku terleka yg mana boleh mendatangkan kecederaan pada mereka.
Settlekan homework Qhaliff..baru gi gym. Petang kang ada food review lak kat Bangi.. Hurmm..
Apa???? Rombongan??? Huhhhhh.. Kasi ke tak yah??? Wife tanya aku. Aku tanya dia. Masing masing seriau nak buat keputusan. Maklumlah, Qhaliff tak pernah berpisah dengan kitorang walaupun tuk nenek dia mintak utk sehari sekali pun!
"Qhaliff nak gi rombongan tak?" Tanya aku. Dia jawab tak nak. Eleh, mcm la dia paham apa itu rombongan!! Bapak dia masuk sekolah menengah baru paham!! Hahahaha.. Maklumlah, aku tak berminat nak join. Lepak umah lagi best.. Ketika tu laaa peminkiran aku.
Tapi hakikatnya rombongan ni bagus. Banyak faedahnya berbanding duduk di rumah dan layan gadget! Pastinya menjadi kenangan bila mereka dah besar nanti..kan kan?
"Gi laa.. Duk umah nanti asyik nak main game jer.. Biar berdunia skit.. ". Jawapan aku. Wife mcm tak percaya sebab akulah yg paling susah nak lepas 'pakcik' tu.. Huhu..
Kalau dah tau si kecil tu boleh gulingkan badan.. kaki dia dah kuat dan juga tangan yang asyik mcm nak mendayung, jangan sesekali tinggalkan dia keseorangan atas katil atau tilam yang tinggi tanpa ada penghalang!!
Aariz sendiri.. Walaupun letak bantal, dah berapa kali dia tendang kasi jatuh sebelum dia join sama jatuh! Nasib baik la ada tilam dah diletakkan di bawah.. Maka jatuh atas tilam.. Sengih!
Jangan pandang ringan wooo.. Kalau tak kena gaya dia jatuh, hurmmm.. Tak tau laaaa nak kata camana! Bahayaaa sgt!
Bayi yang dah berusia 4 bulan ke atas.. Maka kita kena lebih berhati hati.. Nanti dah pandai mengutip, siap laaaa.. Huhu..
Menarik ni!! Cuti sekolah tak lama lagi. Dan Hotel Perdana Kota Bharu anjur lak Street Food Returns yg mana mengumpulkan makanan makanan terbaik di Kelantan, setempat je!! Rugii wehhh kalau tak turun ni..
Bermula dari 1hb Mac hingga 31hb Mac 2017 pesta makan makan ni. Harga seorang.. Aku tak pasti tp yang pasti, memang berbaloi utk mereka kaki makan!
Apa lagii.. Mari ajak kawan kawan redah Kelantan cuti sekolah ni.. Makan sampai pengsan.. Tidur terus kt hotel yg memang tip top ni! Huhu..
Abis la diet aku balik kali ni.. Hee..
Gambar - FB Hotel Perdana Kota Bharu.
Wife beli ketika awal daftar Qhaliff masuk taska. Dua pasang dia beli di Omar Ali yg ketika tu sedang ada sale. Sepasang katanya dpt bawah RM100. Ok la kan? Mamat ni lak skg dah pandai melaram.
Baju melayu ni cantik.. Kalau mereka yg bekerja kt luar, boleh la ada byk pasang. Cam aku ni, beli banyak banyak memang merugikan laaaaa.. Semua masuk dalam almari.
Oh ya.. Omar Ali.. Memang class la buatan dia. Dari dulu teringin nak pakai tapi tak mampu. Si anak ni rezeki dia laa.. Kebetulan ada jualan murah. Dapat laa merasa pakai.
Hurmm.. Tahun ni? Raya nak pakai baju apa?? Rasanyaaaa..?? Tak tukar kot. Jimattt wehh..