Masih ramai terpinga-pinga bila mereka tanya akan apa aku buat dengan blog ! Mereka sangka blog adalah tempat menyebarkan fitnah selain dari info copy paste dan juga gossip semata mata ! Dan aku antara mereka yang membuang masa dengan media sosial.. huhu..
Mampu senyum jer aku. Nak kata apa dah kan ? Aku gi kerja , tanpa tali leher. Selebihnya , aku di rumah dukung anak. Camana nak ada duit , kan ? Harap gaji bini je la jawabnya aku ni. Dan membuang masa di blog ! Adehh.
Camana nak terangkan yer ? Gini kawan yer.. blog ni macam sebidang tanah kosong. Bukan terbiar tapi kosong. Sapa sapa leh amik dan usahakan ! Tapi apa nak dibikin dengan tanah tu eh ? Tu persoalannya. Apakah banyak masa nak teroka tanah tu ? Nak bercucuk tanam ? Menternak ikan ? Atau buat rumah sewa ? Fuhhh...
Tak leh tangkap gak kan ? Ok la.. gini la aku bagitau. Blog ni boleh buat duit andai kita tau apa kita nak buat dengannya. Ada yang meniaga online.. ada yang buat review produk.. ada yang pasang banner iklan.. semua tu duit akan masuk ! Cuma banyak atau sikit jer.
Dan cara nak menjana pendapatan , yang paling utama adalah network ! Bila ada network , korang akan dapat macam macam infomasi yang tidak berbelah bagi ! Korang akan dapat belajar camana nak marketingkan blog.. nak tarik projek.. nak berkenalan dengan agensi agensi pengiklanan.. Bila dah dapat semua tu , apa lagi.. blah je la dari network tu dan network lain lak ! Haa.. bijak kan ? Jangan sesekali tiru perangai katak gitu ! Tak bagus untuk kesihatan. Jaga network dan pada masa sama ramaikan lagi kawan kawan..
Contoh aku buat bersama Kelab Blogger Ben Ashaari... aku tau aku tak boleh harapkan projek dari agensi pengiklanan jer.. Blogger baru makin ramai. Mereka pertaruhkan rupa dan fizikal. Aku lak , walaupun dah berusia tapi rupa tetap anggun.. cuma kebanyakkan client berminat dengan yang muda muda.. maka job untuk blogger cam aku ni , memang kurang la.. hahahaha..
Tapi aku dah sediakan payung sebelum hujan.. Cara dan teknik aku mendatangkan hasil buat semua rakan rakan yang berada di dalam network aku yakni Kelab Blogger Ben Ashaari. Cuma blogger dalam tu perlulah berdaya saing dan rajin meningkatkan kualiti diri masing masing. Bukan duduk nganga tunggu projek datang !
Alhamdulillah.. apa yang aku kongsikan , ada yang bijak mengambil peluang dan berjaya capai sasaran mereka sebagai blogger ! Di luar jangkaan sama sekali ! Sebagai contoh , akan ada blogger gi pusing Eropah tanpa perlu keluar sesen pun duit ! Camana dia buat ???? Haaa.... tu kelebihannya bila kita tau tips dan triknya.. hehehe.. Tu baru salaj satu..banyak lagi woo..
Blog ni, bukan sekadar boleh buat duit kalau kita pandai manfaatkan.. Ianya mampu membuatkan kita mencapai cita cita yang tak pernah kita rasa akan tercapai ! Fuh .. percayalah.. Cuma nak tau camana nak buat !
Bangga aku dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Masing masing dah pandai cari 'rezeki' sendiri tanpa meninggalkan 'adik-beradik' yang lain.. Dapat , kita makan sama sama... Hari ni aku kongsi , esok kawan tu pulak.. kan kan ?