Bukanlah aku nak mencari salah orang !

by - Khamis, Mac 09, 2017

 
Entah kenapa , aku malas nak bertekak di media sosial ! Aku boleh je buat bodoh dan tak tau jer tapi cam tak best ! Akhirnya , aku delete je dan lantak korang laaaaa .. jangan jadi depan aku dah !

Sukan berbasikal memang satu sukan yang aku suka sejak dulu lagi.. Memang berbasikal cara untuk aku membakar lemak lemak tepu selain dari berlari. Cuma sayangnya nak berbasikal atas jalan raya ni kena berhati hati sangat tanpa kira masa ! Kita tak boleh nak anggap pemandu kenderaan di atas jalan raya ni senantiasa alert dengan keadaan sekelilingnya ! Bayangkan dia memandu dalam keadaan mengantuk ?? Bukan mabuk tau.. tapi mengantuk terutamanya di sebelah malam selepas dia abis kerja… buat over time gitu !

Di Putrajaya.. aku cukup takut memandu sebelah malam.. Kadang kadang tak perasan kehadiran penunggang basikal. Lampu keselamatan yang dipakai mereka tu kadang kadang tak nampak dek kita.. kalau pakai baju yang  pantul balik cahaya tu , ok la.. Kena pikir sikit.. zaman ni makin ramai orang rabun dek disebabkan terlalu lama mengadap telefon pintar dan juga laptop !

Dijadikan cerita.. kelmarin ari tu aku masuk Putrajaya dari Cheras. Aku tak nak lalu highway untuk ke Sepang. Mengantuk ! Jam 9 malam gitu.. Aku perasan ada beberapa kumpulan team basikal dok mengayuh basikal dan meredah lampu isyarat merah ! Ni sangat merbahaya ! Bayangkan jika kereta datang dengan lajunya ! Pernah terjadi depan mata aku sendiri , motor redah lampu merah.. kereta kejar lampu kuning ! Kesannya , penunggang motor tercampak atas kereta! Salah sapa ? Tak penting !! Yang pentingnya , bila berlakunya kemalangan.. yang terdedah pada bahaya tu sapa ??

Aku ada ramai je kawan main basikal.. Redah bukit setiap hujung minggu. Tapi takda la nak sentap bila kasi nasihat. Takda la pulak nak pulangkan pada aku nasihat tu ! Amik je nasihat tu dan diam. Aku pun malas nak nasihat orang. Masing masing dah tua ! Niat aku satu je.. aku nak kawan kawan selamat semasa bersukan sebab aku pun kaki sukan ! Tu je .. bukannya nak kejar LIKES.. SHARES ! Aparaa.. baik aku post gambar anak aku je.. sah sah banyak LIKES..

image

Bagi aku , orang yang sentap bila ditegur ni.. memang dia buat salah la.. kalau dia tak buat salah , dia ok jer.. Tu je laa nakk oiiii ! Jalan raya bukan tempat bermain..
Sekian..

You May Also Like

9 comments

  1. Tue la,saya pun hampir2 terlanggar penunggang basikal yang secara tiba-tiba masuk ke tengah jalan, mungkin nak elak lubang jalan agaknya.. Dengan lampu belakangnya takde, tak pakai baju pantulan cahayanya... Mmg ngeri bila teringatkan peristiwa nie yang berlaku di Putrajaya..

    BalasPadam
  2. Betul! Saya sendiri duk Putrajaya, if keluar malam kadang terkejut bila nampak grup penunggang basikal ni sebab kadang mmg tak nampak kelibat dorang. Bahayala..:(

    BalasPadam
  3. Nowdays people tak suka nasihat dan terima nasihat melalui lidah...terdengar di radio...nasihat bukan melalui lidah...maksudnya dari segi tindakan dan budaya kita praktik dulu...mereka belajar dalam senyap.

    BalasPadam
  4. itu masalahnya orang kita. kalau buat salah di tegur nak sentap. Sis sendiri boleh di katakan ari2 rasa nak maki je pemandu lain.. mau tak nya kita bukan main ikut peraturan tapi diaorang tak. Dah la kita memandu dengan baby di dalam kereta, risau betul. Please la follow peraturan jalanraya yang dah di tetapkan kalau lampu kuning tu tolong tekan pedal brek jangan tekan pedal minyak!!

    BalasPadam
  5. Orang dah buat salah memang gelabah kalau kena tegur, mulalah nak melatah. Dah memang satu kesalahan berbasikal sambil langgar lampu isyarat merah, pastu nanti jadi apa² salahkan pemandu kenderaan jugak. Haishhhh!

    BalasPadam
  6. Di jalanraya biasa..dilebuhraya..di jalan kampung atau lorong yang kecil sekalipun..kena sama2 saling menjaga keselamatan.

    BalasPadam
  7. Post gambar anak naik basikal pulak lepasni , kerek sikit kat diaorang tu , apa fikir diaorang je ke yang ada basikal ? Huh ! Org nakkan keselamatan terjaga bukan ajak gaduh ,kan3 😀

    BalasPadam
  8. betul tu..keselamatan mesti diutamakan..hati-hati memandu di jalan raya..

    BalasPadam
  9. diorang pun kena alert jugak kan keadaan sekeliling tu..berbasikal tu boleh,tapi kena jaga keselamatan orang lain jugak.Cari tempat yang bersesuaian..

    BalasPadam