Aariz muntah-muntah ! - BEN ASHAARI

Aariz muntah-muntah !

" Abang , Aariz muntah. Jom gi hospital.". Terhenti segala kerja aku. Baru pelan nak update blog. Terus aku ajak Qhaliff mandi. Zahra mandi awal dah. Qhaliff lewat bangun. Mek ni tidur awal tapi jaga awal ! Sebelum subuh dia jaga... huhu.. pastu bikin ruang tamu cam kapal karam ! 
Kelmarin Aariz jatuh buaian. Tapi ada tilam bawah tu. Tak lama kemudian dia muntah muntah. Wife dah risau tapi aku tak. Aku tau kenapa dia muntah. Dia batuk dan selsema. Tak leh nak nafas dengan selesa. Aku rasa tu je punca dia. Dan dua hari kebelakangan ni makin teruk selsema dia. Nasib baik wife amik cuti. Dia leh tumpu pada Aariz jer. Aku jaga dua lagi ni.. 
Tapi camana pun, tetap gi klinik. Dapatkan pemeriksaan ! Jangan main andai andai jer.. bahaya ! 

Hurmm.. sejam tunggu dalam kereta. Zahra tidur. Ni la dia.. dia bangun awal.. pastu pagi karang dia bantai tidur sampai petang ! Tak lama kemudian , wife sampai. Aku tanya dia.. dia kata batuk dan selsema. Yer , kami sekeluarga batuk batuk ! Huhu.. Qhaliff dan Zahra pon.. 
Kalau esok dia muntah lagi.. memang kena gi hospital kerajaan la jawabnya. Tapi.. hurm.. 

2 ulasan:

  1. Allah nasib baik ada tilam kat bawah?
    camna boleh jatuh tue?
    Tapi kalau still muntah2 lagi, mmg kena bawa check up gak...

    hopefully tak ada apa2...

    BalasPadam
  2. tengah musim demam, batuk dan selsema..anak saya pun baru baik demam 2 minggu lepas..risau jugak aritu sbb demam lebih 3 hari..bawak hospital, ada jangkitan kuman sikit dalam darah dan hb rendah..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.