Bekerja atau jadi hamba abdi berbayarkah kita ?

by - Khamis, Mac 02, 2017

 

Gaji RM2K di zaman ni , masih relevan lagi bagi aku andai tahu nak berjimat cermat ! Seriusss.. memang boleh hidup melainkan orangnya tak reti nak berbelanja dengan berhemah !

Aku pernah lalui semua tu. Bergaji RM2K di usia 22 tahun , 19  tahun lepas tak pon boleh membuatkan aku beli kereta ! Masih cukup cukup makan di kala tu tapi aku tak kisah asalkan apa yang dibayar , setara dengan kerja yang aku buat !

Tidur awal , bangun awal .. gi kerja.. Dari Isnin sampai Jumaat atau Sabtu. Lepas tu baru dapat tarik nafas lega ! Huhuh.. Tapi sampai bila nak macam ni kan ? Di pejabat , kerja yang diberi.. tu diaa ! Bila kita mintak gaji tinggi sikit , terus diugut.. Atau disuruh bersyukur ! Penat lagu nih bohhhhh… Belajar tinggi tinggi , amik jurusan ada skill  tapi bayaran tak setimpal !

Bukanlah nak demand atau nak bergaji besar.. tapi kena la amik berat bab kebajikan pekerja.. kalau nak bagi gaji kecik , ok la.. tapi janganlah dibebankan dengan kerja kerja yang luarbiasa banyaknya sehinggakan membuat pekerja tu stress lalu terpaksa amik cuti ! Sapa rugi ???? Pekerja yang tidak begitu sihat datang kerja.. menghasilkan kualiti kerja camana ???

Kekadang terfikir.. aku ni sebenarnya nak dijadikan hamba untuk mereka atau mereka perlukan aku untuk memajukan perniagaan mereka ? Kalau nak dijadikan hamba , aku tak rela… Baik aku cari kerja lain.. di zaman ni , mau kena bijak dan rajin je usaha ! Kalau malas , memang sesuai dijadikan hamba laaa !

Pinta aku satu jer.. Mintak la majikan jangan layan pekerjanya sebagai hamba ! Jangan ingat bayaran tu tinggi maka anda dah miliki diri mereka ! Syarikat yang cemerlang bermula dari pekerjanya yang sihat !

 image

You May Also Like

1 comments

  1. yeeeesss saya setuju... kerja macam kuli tapi gaji ciput... kerja sampai jam 12 malam tapi langsung tak ada OT or komisyen.. ppppffftt

    BalasPadam