Movie patut download : The Sing & Hacksaw Ridge

by - Isnin, Mac 06, 2017

 

Baru berpeluang tonton ke dua-dua filem ni dan kedua-duanya memang best sangat laaa ! Cuma The Sing ni , movie animasi yang guna karektor dari filem Zootopia cuma watak memasing berbeza la.. ada yang sama tapi bukan watak utama.. hehehe.. Kalau anak korang pernah layan Zootopia , diorang mesti suka filem ni.. Zahra suka sangat sebab muzikal ! Hehehe. tapi lagu lagu dia semua best !

image

Kagum dengan cerita ni walaupun nak nampak bosan tapi disebabkan jalan ceritanya menarik dan punya moral yang memberikan semangat untuk berjaya , aku rasa filem ni memang patut ditonton… seisi keluarga !

Watak watak dia pun comel.. heeheh..

image

Ok.. satu lagi filem.. Hacksaw Ridge ! Lama dah aku nampak tapi lom terbuka hati nak tonton sebab dia dalam kategori drama yang mana bagi aku , perlu ditonton dalam keadaan yang tidak terganggu oleh mana mana pihak.. terutamanya anak kecil ! Hehehhe..

Tapi cam aku ok la.. guna smart tv , ‘tembak’ ke tv pastu handphone pasang earphone.. memang macam layan kat panggun wayang Alamanda lagaknya.. hehe.. takda popcorn jer..

Filem ni best.. mengisahkan seorang anggota tentera enggan menggunakan senjata api di medan peperangan malah enggan membunuh musuh ! Haaa.. camana tu ? Abis tu apa dia buat di zon peperangan ??? Perghh.. apa yang dia buat itulah sejarah buat negara mereka !

image

image

Cerita ni memang memberi impak positif pada kita dan juga mengambarkan betapa peperangan menghancurkan kita semua dan sebaiknya, elakkan la dari berlaku peperangan.. huhuhu.. suka sangat la diorang berperang ! Huhh..

Ok.. nanti aku tengok lagi cerita cerita menarik untuk dikongsi bersama eh.. hehee..

You May Also Like

4 comments

  1. the sing tu tak sempat tengok lagi,
    tapi hacksaw ridge tu dah tengok, memang puashati....

    BalasPadam
  2. Menarik ni. Nak download jugaklah.

    BalasPadam
  3. Dah tgk kedua duanya. Sangat terkesan tgk hacksaw ridge, dan sgt kagum sbb based on true story. Respek desmond doss

    BalasPadam
  4. citer sing banyak pengajaran ...
    sedar tak ....bapak perompak belum tentu anak pun naknjadi perompak ...

    suami pun kenalah tolong jaga anak dan bagi isteri ruang untuk lakukan apa isterinya suka

    bina keyakinan walaupun mustahil

    ehh banyak pulak nak ulas

    BalasPadam